KUALI | Resipi Moden

Kari Jepun lagi sedap, cara penyediannya pula memang mudah

Lead Image

KARI bukan sahaja popular di India dan Malaysia tetapi di seluruh dunia dengan kepelbagaian resipi berbeza.

Seperti masyarakat di Jepun, mereka juga makan kari tetapi menu itu diolah bersesuaian dengan cita rasa mereka.

Sedikit berbeza dengan kari biasa kita makan, hidangan itu ditambah dengan lobak merah, kentang dan bawang besar sebagai bahan utama selain protein seperti daging atau ayam.

Kari Jepun memiliki tekstur pekat dengan rasa manis dimasak dan pedas.

Selain itu, kari disediakan juga memiliki tekstur pekat dengan rasa manis dimasak dan pedas.

Buat anda yang tertanya-tanya akan rasanya, boleh cuba sendiri hidangan enak mudah disediakan.

MENARIK DIBACA:  Tindakan beri gelandangan tulang ayam tiada hati perut, influencer perjelas bukan hina tapi eksperimen sosial

MENARIK DIBACAGaram dan asam jawa bukan sahaja hilangkan bau hanyir, buat ikan atau daging tahan lebih lama

Bahan-bahan

  • 1kg kentang dan dipotong 2 inci
  • 3/4 cawan Bawang putih dan dipotong 1 inci
  • 1/2 cawan lobak merah kecil
  • 4 cawan air
  • 2 cawan stok sayur
  • 220 g pek campuran kari Jepun
  • Bijan untuk hiasan (pilihan)
  • Ketumbar untuk hiasan (pilihan)

Langkah penyediaan

  1. Masukkan kentang, bawang, lobak merah dan air ke dalam pengukus.
  2. Letakkan penutup dan tetapkan kepada suhu tinggi selama 6 minit.
  3. Biarkan selama 2 minit dan kemudian angkat penutup.
  4. Toskan kentang, lobak merah dan bawang kemudian buang airnya.
  5. Asingkan kentang dan masukkan semula bekas keluli tahan karat ke dalam pengukus.
  6. Tambahkan stok sayur dan tuang serbuk campuran kari ke dalam pengukus tumis.
  7. Masak sos sehingga menjadi pekat selama lima minit. Kacau lalu masukkan sayur-sayuran yang sudah dimasak tadi.
  8. Hiaskan kari dengan bijan dan ketumbar jika mahu.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Guna 3 bahan sahaja, cef kongsi resipi udang goreng bersama durian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Tak sangka sedap! Padanan Tortilla inti rendang dan keju menjadi, cicah guacamole buat ketagih

Terhangat