KUALI | Resipi Moden

Guna 3 bahan sahaja, cef kongsi resipi udang goreng bersama durian

Lead Image

BUAH durian cukup dekat di hati rakyat Malaysia.

Tidak hanya dimakan begitu sahaja, malah sering dijadikan serawa, bubur atau tempoyak.

Tapi pernahkah anda terfikir untuk menggoreng durian bersama udang?

Hasil hidangan tampak menyelerakan dengan gabungan rasa lemak, manis dan masin.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, seorang pempengaruh dikenali sebagai @Jenjenjeng mencabar bapanya untuk memasak hidangan menggunakan durian sebagai bahan utama.

Tanpa ragu-ragu, bapa kepada pempengaruh itu yang dipercayai seorang cef dan pengusaha restoran tampil dengan idea unik yang tidak terlintas di fikiran.

Apa yang lebih menarik, resipi ini tidak memerlukan banyak bahan, namun hasilnya tampak menyelerakan dengan gabungan rasa lemak, manis dan masin.

Video tersebut sehingga kini telah meraih hampir 340,000 tontonan, selain mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

MENARIK DIBACA: [V] Jalaluddin Hassan tak makan ikan sejak kecil, boleh muntah sebab bau hanyir

MENARIK DIBACA: Ada sebab bawang dan kentang tak boleh disimpan bersama, ikut tip ini elak cepat rosak

Jika anda berani untuk bereksperimentasi, ini resipi ringkas yang dikongsikan oleh @Jenjenjeng:

Bahan-bahan

  • 5–6 ulas durian (ambil isi sahaja)
  • 5 ekor udang (disiang dan dibersihkan)
  • Sedikit mentega

Cara penyediaan

  1. Asingkan isi durian daripada bijinya.
  2. Lenyek atau kacau isi durian hingga halus.
  3. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali.
  4. Masukkan isi durian, kacau hingga sebati dan berbau harum.
  5. Masukkan udang, kacau hingga udang masak dan tekstur kuah menjadi sedikit pekat.
  6. Angkat dan hidangkan panas-panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Sedapnya cicah dengan roti baguette, tak susah pun nak buat sup labu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Kari Jepun lagi sedap, cara penyediannya pula memang mudah

Terhangat