KUALI | Resipi Tradisi
Siapa kata susah masak mi bandung? Hanya 4 langkah boleh siap dalam tempoh setengah jam
MI Bandung memang sedap tapi tak ramai yang rajin nak membuatnya kerana menganggap prosesnya memenatkan!
Tapi sebenarnya mi Bandung antara menu paling mudah dan cepat disediakan malah boleh siap dalam masa setengah jam!
Bayangkan gabungan rasa mi kuning bersama hirisan daging dan udang serta sayur-sayuran – dihirup pula kuahnya yang pedas dan manis memang syahdu.
Apa lagi, jom cuba resipi ini di rumah!
Bahan-bahan
- Minyak menggoreng secukupnya
- 15 biji bawang merah, dikisar
- 8 ulas bawang putih, dikisar
- 100-150g udang kering, dikisar
- 4 sudu besar pes cili
- 350g daging lembu, dihiris
- 2l air
- 1 1/2 cawan sos tomato
- 8 tangkai sawi
- 5 keping tauhu, dipotong 6 setiap satu
- 4 biji tomato, dipotong empat
- 600g mi kuning, dibilas dan ditos
- 5 biji telur
- Sedikit lada hitam
- Garam secukup rasa
Langkah penyediaan
- Dalam sebuah periuk besar, panaskan minyak dan goreng bahan yang telah dikisar. Masukkan pes cili dan daging lembu yang telah dihiris, kacau.
- Tambahkan air, sos tomato, batang sawi (hanya batang), tauhu dan tomato. Kacau hingga semua bahan sebati.
- Masukkan mi, pecahkan telur ke dalam bahagian-bahagian periuk dan biarkan ia masak.
- Tambahkan daun sawi dan masak hingga sedikit layu, kemudian masukkan dengan lada hitam dan garam sebagai penambah rasa. Hidangkan panas.