[V] Hanya pilih makanan organik, belanjanya besar tapi Elisya Sandha puas hati... Tumbesaran anak lebih baik dan jarang sakit
DEMI melihat anak membesar dengan sempurna, pelakon Elisya Sandha sanggup mengeluarkan belanja besar setiap bulan bagi membeli makanan organik untuk anaknya.
Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan berkata, anak perempuannya iaitu Bunga Elhaq yang kini berusia tiga tahun hanya diberi makanan organik sejak kanak-kanak itu mula makan.
“Anak sulung saya hanya menjamah makanan organik sahaja sejak dua tahun lalu.

Isteri kepada Uzair Haqimy Azman itu memberitahu dia memilih memberikan sumber organik kepada Bunga kerana percaya manfaat dan kebaikan makanan tanpa bahan kimia untuk tumbesarannya.
Malah kata Elisya, dia mula nampak kesan positif seperti tumbesaran Bunga sangat baik selain jarang jatuh sakit.
"Jadi kepada ibu-ibu diluar sana kalau ada kemampuan berilah makanan organik untuk anak-anak untuk tumbesaran mereka yang lebih baik.
MENARIK DIBACA: [V] Diet Aina Abdul macam pelik tapi menjadi, makan lauk kering elak tambah nasi
MENARIK DIBACA: Pelik tapi benar! Kentang ‘anak’ tomato hasil perkahwinan genetik 9 juta tahun lalu
"Saya faham mungkin belanjanya agak besar, saya sendiri melaluinya tapi disebabkan makanan organik itulah anak-anak saya sihat dan membesar dengan baik," kata pelakon filem Citra Apartment itu.
Bercerita tentang kegiatan memasaknya di rumah, Elisya berkata sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata, dia semakin selesa menyediakan pelbagai juadah buat keluarga.
Malah Elisya memberi kredit kepada ibu mentuanya iaitu pengarah dan pelakon Sheila Rusly yang banyak mengajarnya memasak.

"Sejak sekolah saya memang suka memasak, tapi tidaklah terlalu mahir.
"Cuma selepas berjumpa dengan ibu mentua, saya rasa kena betul-betul belajar memasak.
"Jadi saya ambil peluang belajar memasak dengan ibu mentua," katanya.
Disebabkan makanan organik anak-anak saya sihat dan membesar dengan baik.
Elisya Sandha
Menurut Elisya, dia percaya bahawa kekuatan wanita adalah apabila dia boleh memasak bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga keluarga.
"Wanita boleh diibaratkan sebagai harapan dalam keluarga. Jadi mahu tidak mahu mereka kena belajar memasak.
"Memasak bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga buat keluarga," katanya.