KUALI | Menu Selebriti

[V] Lebih puas masak sendiri, Farahdhiya belanja RM1,000 sebulan beli barang di pasar tani

Lead Image

SELEBRITI serba boleh Farahdhiya bukan sahaja cantik tetapi cekap memasak pelbagai juadah di dapur.

Bagi yang biasa mengikuti perkembangan wanita berusia 41 tahun itu di Instagram tentu terliur melihat air tangan Farahdhiya yang dibuat penuh kasih sayang dan menyelerakan.

Meskipun memiliki darah campuran Melayu-Inggeris, Farahdhiya atau Nur Farahdhiya Mohd. Amin malah lebih meguasai masakan kampung berbanding hidangan barat.

Walaupun berdarah campuran Melayu-Inggeris, Farahdhiya lebih suka menyediakan hidangan masakan kampung.

"Alhamdulillah, saya memang suka memasak dan menu kegemaran saya sudah tentu masakan kampung.

"Kalau suruh saya masak masakan Melayu, Insya-Allah saya boleh masak sendiri.

"Masakan barat bukan saya tidak boleh buat, bolehlah sikit-sikit. Tapi tidaklah pakar seperti masakan Melayu," kata artis berkulit putih gebu itu.

Bercerita lebih lanjut, pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu memberitahu minatnya dalam memasak sebenarnya sudah timbul sejak di bangku sekolah lagi.

Farahdhiya sering berkongsi resipi masakan air tangannya di media sosial.

Kata Farahdhiya, kemahiran memasak banyak dipelajari daripada ibu saudaranya yang kebetulan tinggal bersamanya.

"Sebenarnya susah nak cakap bila minat (memasak) itu timbul. Tapi yang pasti saya memang suka memasak sejak dari bangku sekolah lagi.

"Saya banyak belajar memasak dengan mak cik saya, iaitu adik kepada arwah bapa. Dia tinggal dengan kami sewaktu saya masih bersekolah.

"Jadi mak ciklah yang banyak mengajar saya memasak," kata naib juara program Gegar Vaganza 2015 itu.

MENARIK DIBACA: Gulai rebah bangun ayam memikat hati, Chef Wan angkat 6 juadah semakin dilupakan sempena Hari Kemerdekaan

MENARIK DIBACA: Kentut memang bau busuk, tapi makan telur setiap hari banyak manfaatnya

Ketika ditanya perasaanya ketika memasak, Farahdhiya berkata aktiviti di dapur itu sebenarnya sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi untuk mereka yang memang suka memasak.

"Saya percaya masak kena ada minat. Mungkin sesetengah orang anggap memasak itu suatu pekerjaan yang renyah dan leceh.

"Tapi bagi saya, memasak itu sangat menyeronokkan. Bila kita makan air tangan sendiri, rasa lain sangat berbanding makan di kedai.

"Saya cuma makan di kedai untuk makan makanan yang saya tidak boleh masak," ujarnya sambil ketawa.

Kalau suruh saya masak masakan Melayu, Insya-Allah saya boleh masak sendiri.

Farahdhiya

Disebabkan hampir setiap hari akan memasak di rumah, Farahdhiya tidak kisah memperuntukkan belanja besar walaupun hanya membeli barang-barang basah di pasar tani.

Malah tanpa berselindung, Farahdhiya memberitahu membelanjakan RM1,000 setiap bulan bagi membeli barang memasak.

"Setiap bulan saya akan berbelanja sendiri ke pasar tani untuk beli barang-barang basah.

"Selalunya saya akan berhabis sekitar RM1,000 walaupun cuma berbelanja di pasar tani.

"Belanja RM1,000 itu mungkin boleh tahan untuk tiga minggu. Jadi tidak ada yang murah pada hari ini walaupun berbelanja cuma di pasar tani," tutupnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Suami pentingkan pemakanan seimbang, Ummi Nazeera kongsi resipi salmon kegemaran keluarga... Hanya guna 4 bahan tapi rasanya memang sedap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Hanya pilih makanan organik, belanjanya besar tapi Elisya Sandha puas hati... Tumbesaran anak lebih baik dan jarang sakit

Terhangat