[V] Suami pentingkan pemakanan seimbang, Ummi Nazeera kongsi resipi salmon kegemaran keluarga... Hanya guna 4 bahan tapi rasanya memang sedap!
MENDIRIKAN rumah tangga dengan seorang doktor, suami pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr.Mohd Izzar Anwari Abdul Khani sangat mementingkan aspek kesihatan terutama tentang pemakanan seimbang.
Namun situasi tersebut tidak menjadi beban buat Ummi atau Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin memandangkan dia juga senada dengan suami tentang soal pemakanan.
Kata Ummi, selera suami dan dua orang puteri kesayangannya, Ayra Aneesah, 7 dan Aysha Arsylia, 4, sederhana dan tidak memilih makanan, sekali gus memudahkan dirinya untuk memasak di rumah.
"Sebenarnya pemakanan suami dan anak-anak saya sederhana dan mudah. Mereka tidak gemar makan makanan berat.
PIC 1
"Sebagai contoh, kalau nak makan ayam bakar, cukup sekadar ayam itu diperap dengan rempah dan dimasak dalam air fryer. Itu sudah cukup.
"Cuma suami saya agak cerewet kerana makanan yang dihidangkan perlulah sihat dan seimbang," kata akres berusia 35 tahun itu kepada Kuali.
Tambah pelakon drama Teratak Kasih Salina itu, menyediakan makanan sihat dan seimbang sebenarnya lebih mudah berbanding makanan berat yang lebih rumit proses pembuatannya.
MENARIK DIBACA: [V] Lebih puas masak sendiri, Farahdhiya belanja RM1,000 sebulan beli barang di pasar tani
MENARIK DIBACA: Nampak senang resipi lemak labu Mama Tini, tahap ‘beginner’ boleh buat sambil pejam mata!
"Alhamdulillah, sikap cerewet suami sebenarnya memudahkan saya juga kerana makanan sihat lebih senang untuk disediakan.
"Contoh kalau nak hidangkan ikan salmon, saya hanya sapu mentega, secubit garam, lada hitam dan perah sedikit lemon. Itu pun sudah cukup sedap bagi kami," jelasnya.
Bercakap tentang rutin hariannya sebagai pelakon, Ummi berkata walaupun sibuk menjalani penggambaran, dia tetap akan masak di rumah, malah membawa bekal setiap hari ke lokasi penggambaran.
PIC 2
"Ramai tidak tahu saya akan bawa bekal setiap hari jika terbabit dengan penggambaran.
"Kalau saya perlu berada di lokasi penggambaran dalam tempoh yang panjang, saya akan bawa bekal untuk sarapan sehingga makan makan.
"Menu saya pula bukanlah makanan-makanan berat. Cukup sekadar kekacang, roti atau telur. Kadang-kadang saya akan bawa lebih untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain," katanya.