Selamba Hasif Upin telan donut topping sambal, bawang putih pula paling ‘rare’
AKSI mukbang penyanyi Hasif Upin menikmati donut dengan topping unik membuatkan warganet terhibur.
Mana tidaknya, donut berkenaan dihias dengan sambal merah, sambal hijau, dan sambal petai.
Malah, turut ditambah topping bawang putih yang disusun seulas demi seulas di atas donut.

Meskipun terlihat pelik, Hasif atau Muhamad Hasif Sharaudin, 33, dilihat menyuap setiap gigitan dengan penuh berselera dan bersahaja.
"Makan donut 'rare'. Ada sambal, sambal hijau, donut bawang putih dan donut petai.
"Donut lembut, rasa sedap sangat!" katanya.
MENARIK DIBACA: Tiada reaksi sebab tak sedap, wanita nak muntah makan nasi lemak campur aiskrim vanilla
MENARIK DIBACA: Asyik kejar views, sampai melayang nyawa... 5 ‘mukbangers’ popular ini maut akibat makan berlebihan
Video tersebut meraih 850,000 tontonan dilaman TikTok sejak dimuat naik pada malam Selasa.
Gelagat spontan penyanyi itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya terkejut melihat kombinasi topping donut berkenaan.
Tak kurang juga ada yang menyokong cita rasa pelik Hasif dan menyamakan hidangan itu dengan burger Malaysia.

"Apa benda kau ni bang, macam dah tak ada topping lain!
"Part bawang putih aku baling phone sebab terkejut.
"Sebenarnya donut dengan sambal ini sedap, sebab tu burger Malaysia rasa sedap," komen netizen.