KUALI | Menu Selebriti

[V] Liza Hanim jaga pemakanan keluarga, percaya penentu kesihatan pada masa depan

Lead Image

DIKURNIAKAN lima orang cahaya mata sudah tentu memberikan cabaran besar buat penyanyi bersuara gemersik, Liza Hanim memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anaknya.

Sebagai penjaga, sudah tentu Liza atau nama lengkapnya Haliza Hanim Abdul Halim mahu memberikan yang terbaik buat mereka bukan sahaja dari segi kehidupan tetapi juga pemakanan.

Liza ketika ditemui Kuali berkata, walaupun rutin hariannya padat dengan pelbagai kegiatan seni, namun sebagai isteri dan juga ibu, dia tidak akan sesekali lepas tangan tanggungjawab memasak untuk keluarganya di rumah.

Kata penyanyi berusia 45 tahun itu, anak-anaknya bukan sahaja memerlukan makanan yang mencukupi tetapi juga sihat memandangkan mereka masih lagi bersekolah.

Liza harus memastikan makanan yang disediakan sihat dan baik untuk keluarga, termasuk ibunya yang kini berusia 78 tahun.

"Sebagai isteri dan ibu, memasak memang sudah menjadi kewajiban untuk saya di rumah. Kecuali pada hari minggu, saya akan berehat daripada memasak.

"Sebab dari hari Isnin hingga Jumaat, saya akan sediakan menu yang mencukupi untuk anak-anak saya ke sekolah. Maksudnya kena sumber protein dan zat.

"Paling penting anak-anak kena makan nasi. Kalau saya ada kerja, sebelum keluar saya pastikan segala-galanya siap terhidang atas meja makan," kata pelantun Gelisah Mimpi itu.

MENARIK DIBACA: [V] Maria Farida jaguh masak hidangan Filipina dan Cina

MENARIK DIBACA: Ada sebab orang Kelantan tak makan ikan kekacang, sumpahan dan mitos di sebaliknya buat ramai takut

Bercakap tentang menu pilihannya, Liza berkata dia bukanlah seorang yang cerewet soal makan. Namun, isteri kepada ahli kumpulan Indigo, Mohd. Shahrin Mohd. Samsudin itu tetap mengutamakan sumber makanan sihat, lebih-lebih lagi ibunya yang kini berusia 78 tahun turut tinggal bersama mereka.

"Selain suami dan anak-anak, ibu saya yang kini berusia 78 tahun juga tinggal bersama kami. Alhamdulillah dia sangat sihat, namun ada makanan tertentu yang tidak boleh dia makan.

"Jadi kalau di rumah, saya akan pelbagaikan menu masakan. Ada orang kalau dah masak ayam itu sudah memadai.

"Tapi saya walaupun dah ada lauk ayam, saya akan sediakan juga lauk ikan untuk pelbagaikan sumber protein," kata naib juara program Gegar Vaganza musim keempat itu.

Liza percaya bahawa jika seseorang itu mahu hidup dengan sihat, semuanya bermula dengan pemakanan.

Dalam pada itu, Liza sempat menitipkan nasihat buat orang ramai supaya sentiasa cakna dengan pemakanan yang diambil demi mendapatkan kualiti hidup yang sihat.

Kata Liza, dia percaya bahawa jika seseorang itu mahu hidup dengan sihat, semuanya bermula dengan pemakanan.

"Lagi awal kita ambil berat soal pemakanan, lagi bagus. Sebab apa yang kita makan akan tentukan tahap kesihatan kita suatu hari nanti.

"Sebab saya percaya, jika seseorang itu mahu hidup sihat, semuanya bermula dengan pemakanan," kata penggemar masakan asam pedas ikan pari itu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] “Memasak perlu ada ilmu dan bakat macam cipta lagu” - Edry Abdul Halim

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

Selamba Hasif Upin telan donut topping sambal, bawang putih pula paling ‘rare’ 

Terhangat