[V] Maria Farida jaguh masak hidangan Filipina dan Cina
SENTIASA tampil anggun dan cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki, pelakon Datin Seri Maria Farida tetap ke dapur menjalankan tanggungjawab menyediakan makan minum untuk suami dan anak-anak.
Maria atau Maria Farida Atienza, 56, berkata, dia akan memasak hampir setiap hari, terutama ketika berada di rumah dan tidak terikat dengan jadual penggambaran.
"Saya memang selalu masak di rumah terutama jika tidak terlibat dengan penggambaran.
"Bila ada di rumah, memang hari-hari saya akan masak. Saya ada pembantu, tapi tugasnya hanya kemas rumah," kata pelakon berdarah Melayu-Filipina itu.

Bercerita lebih lanjut, pelakon filem Bisikan Cinta itu memberitahu sebenarnya memasak bukanlah kegiatan yang dia gemar lakukan.
Namun minat memasak mula timbul selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar seorang isteri.
"Ketika zaman persekolahan, saya ada ambil subjek Sains Rumahtangga. Jadi perkara yang perlu saya belajar adalah memasak dan menjahit.
MENARIK DIBACA : [V] Suami pentingkan pemakanan seimbang, Ummi Nazeera kongsi resipi salmon kegemaran keluarga... Hanya guna 4 bahan tapi rasanya memang sedap!
MENARIK DIBACA : Guru makan pelbagai jenis bunga, dakwa baik untuk kesihatan dan kecantikan
"Tapi sejujurnya saya tak minat! Hanya selepas saya berkahwin, barulah saya minat memasak.
"Mungkin saya fikir memasak adalah tanggungjawab saya sebagai seorang isteri," katanya.
Berkongsi tentang tahap kemahirannya di dapur, selain masakan Melayu, Maria juga memiliki kebolehan menyediakan hidangan Cina, Filipina dan barat.

Ujar Maria, dia perlu belajar dan menguasai pelbagai jenis masakan untuk memenuhi selera anak-anaknya.
"Saya boleh masak masakan Melayu, Filipina, Cina dan barat. Sebab selera anak-anak saya berbeza.
"Anak lelaki saya suka makan makanan barat. Anak perempuan pula masakan Melayu. Manakala yang bongsu pula tak suka makanan pedas
"Cuma suami sahaja tak cerewet. Dia makan semua. Jadi mahu tidak mahu saya kena belajar masak pelbagai jenis masakan," ujarnya.