‘Tangan sejuk’ David Beckham sesuai berkebun, geram tengok bawang tanamannya gemuk-gemuk
SIAPA sangka bekas bintang bola sepak terkenal dunia David Beckham mempunyai bakat luar biasa sebagai pekebun?
Pada usia 50 tahun, David nampaknya semakin melupakan padang bola sepak sebaliknya banyak menghabiskan masa dengan bercucuk tanam di vila mewahnya yang terletak di kawasan perkampungan di Cotswolds, England.
Aktiviti itu bukan sekadar hobi atau 'membuang' masa lapangnya tetapi mempunyai 'tangan sejuk' apabila semua tanaman yang mendapat sentuhannya menjadi.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, suami penyanyi Victoria Beckham itu dengan bangga menunjukkan hasil tanamannya seperti bawang besar yang tumbuh segar.
Selain bawang, David juga dilihat menanam beberapa jenis sayur-sayuran lain seperti kobis, cendawan, kacang pis dan buah beri.
Aktiviti yang dikongsi David menarik perhatian jutaan pengikutnya di Instagram yang menyifatkan pemain bola sepak itu sebagai rajin dan pandai bercucuk tanam.
MENARIK DIBACA: Bunga kertas boleh dijadikan teh, campur madu kelulut dan halia lagi umph!
MENARIK DIBACA: [V] “Saiznya besar-besar!” - Aliff Hot Chicken ayam goreng pasar malam ‘level’ jenama popular
Malah ramai menjadikan David sebagai inspirasi untuk mula bercucuk tanam di halaman rumah masing-masing.
"Apabila tengok David berkebun saya sendiri rasa macam mahu ikut serta. Tengok hasil yang dituai memang seronok!
"Gemuk-gemuk betul bawang besar yang David tanam. Inilah hasilnya kalau kita berbakti kepada tanah.

"Tak semua orang dikurniakan bakat 'tangan sejuk'... David salah seorangnya," antara komen netizen.
Sementara itu, dalam satu perkongsian video berbeza, David memberitahu mahu menggunakan sayur-sayuran dituai untuk memasak menu istimewa untuk keluarga.
Tidak kekok di dapur, David juga menghalang Victoria membantunya kerana ingin memasak sendiri hidangan tersebut.