[V] Diet Aina Abdul macam pelik tapi menjadi, makan lauk kering elak tambah nasi
SETIAP orang ada cara berbeza dalam mengamalkan diet bagi menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk tubuh yang langsing.
Seperti Aina Abdul, penyanyi bersuara lantang itu mendedahkan tahun ini dia memang mengamalkan diet ketat yang bukan sahaja untuk mengawal berat badan tetapi menjaga kualiti vokalnya.
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, cara dietnya mungkin berbeza tetapi dia gemar mengambil makanan kering berbanding berkuah.

Jelas penyanyi yang terkenal dengan fesyen eksentrik itu, cara itu boleh menutup seleranya untuk makan dalam kuantiti banyak.
"Mentaliti saya apabila makanan itu berkuah dan sedap, saya akan tambah dan makan dengan banyak.
MENARIK DIBACA: Mimpi bertukar realiti... Dari content media sosial, Sid Murshid kini pemilik restoran
MENARIK DIBACA: [V] Asyik rebus cicah sos bosan juga, ini resipi kerang cili padi masam manis
"Tapi kalau makanan itu kering, tekak tak terasa nak makan lagi, " katanya ketika ditemui Kuali.
Kongsi pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ke-36 (ABP36) tahun lalu itu lagi, cara tersebut membuatkan dia cepat kenyang walaupun makan dalam kuantiti sedikit.

"Contohnya kalau saya makan nasi, saya akan ambil bersama ayam tanpa kuah seperti ayam percik dan sayur.
"Memang akan cepat kenyang. Kalau tak percaya cubalah," katanya.
Bercerita tentang kebolehan memasak, tanpa berselindung Aina mengaku tidak rajin ke dapur bukan sebab malas tetapi kekangan masa.
Bila makanan itu berkuah dan terlalu sedap, saya akan tambah dan makan dengan banyak.
Aina
Bagaimanapun sekiranya mempunyai masa, Aina akan ke dapur memasak hidangan kegemaran untuk keluarga iaitu sambal sardin.
"Saya obses dengan sardin macam masak sambal, nasi goreng dan segala-galanya tentang sardin.
"Tapi makanan kegemaran saya nasi ayam malah hari-hari saya boleh makan nasi ayam," ujarnya.