KUALI | Resipi Tradisi

Tak cukup sepinggan nasi, ini resipi gulai ayam kampung Syria

Lead Image

HIDANGAN masakan seperti gulai ayam kampung merupakan antara menu yang pastinya mampu memikat selera sesiapa sahaja.

Berbeza dengan ayam daging, ayam kampung memiliki rasa lebih enak dan tekstur daging yang lebih kenyal.

Dengan aroma rempah ratus asli yang memikat, tidak mustahil hidangan gulai ayam kampung menjadi pembuka selera sehingga membuatkan tidak cukup sepinggan nasi.

Kuali berkesempatan menemu bual dan mempelajari cara masakan gulai ayam kampung bersama chef kelahiran Syria, Khder Mohsen Al-Issa dari Sunway Resort Hotel and Spa yang memiliki pengalaman dalam dunia kulinari selama 15 tahun.

Bahan-bahan

  • Ayam kampung siap dibersihkan (kira-kira 500 gram) 
  • 5 sudu besar minyak masak   
  • 2 cawan air
  • 100 gram (g) santan segar

Bahan menumis

  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih     
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • ½ inci kunyit hidup

Bahan rempah

  • 2 sudu besar serbuk ayam masala
  • 2 sudu besar pes gulai
  • 2 sudu besar serbuk kari

Perasa

  • 50g air asam jawa
  • 1 sudu besar gula perang
  • Garam secukup rasa

Langkah penyediaan

  1. Kisar semua bahan tumisan bersama sedikit air.
  2. Panaskan minyak masak di dalam periuk atau kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan bahan-bahan rempah dan tumis sehingga pecah minyak.  
  3. Masukkan dua cawan air dan biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam dan tutup kuali atau periuk sehingga ayam kampung.     
  5. Masukkan santan dan kecilkan api. Biar hingga mendidih lebih kurang selama 35 minit sehingga ayam kampung menjadi empuk dan lembut.
  6. Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan biarkan selama 2 hingga 3 minit lagi sebelum api dipadamkan.
  7. Sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Sama tapi tak serupa, jom cuba resipi mi kari Thailand

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Campak-campak jer buatnya! Awas menu ikan bilis goreng petai boleh buat tambah nasi

Terhangat