KUALI | Resipi Tradisi
Campak-campak jer buatnya! Awas menu ikan bilis goreng petai boleh buat tambah nasi

BAYANGKAN dekat luar tengah hujan, perut pula lapar! Sedap betul kalau dapat makan juadah simple tapi pedas, kan?
Apa kata cuba resipi ikan bilis goreng petai dan cili padi. Bukan sahaja mudah tapi sambil pejam mata pun boleh buat.
Paling penting hanya perlukan lima bahan utama untuk membuatnya tapi boleh menambah sampai dua pinggan!
Tunggu apa lagi, jom cuba resipi yang Kuali kongsikan ini.
Bahan-bahan:
- 200g isi petai atau kira-kira lima papan petai
- 200g ikan bilis
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 biji bawang holland (dihiris)
- 10-15 tangkai cili padi
- Garam dan gula (secukup rasa)
Langkah penyediaan:
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing. Tos dan ketepikan.
- Tumis bawang putih dan bawang Holland. Masukkan petai dan biarkan seketika.
- Masukkan cili padi dan ikan bilis yang telah digoreng. Kacau hingga sebati.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.