[V] Tak susah buat aiskrim yogurt buah-buahan, hanya perlu 2 bahan
SERONOK rasanya dapat menikmati makanan masam manis menyejukkan tekak seperti aiskrim yogurt buah-buahan segar.
Hanya menggunakan dua bahan iaitu yogurt dan buah-buahan kegemaran seperti stawberi dan beri hitam, gabungan rasa masam manis terhasil daripada aiskrim ini membantu mengembalikan tenaga dan menambah keceriaan hari.
Tambahan pula, resipi aiskrim yogurt buah-buahan ini yang bebas penggunaan gula putih, menjadikan ia pemanis mulut sesuai untuk sesiapa yang menjaga pengambilan makanan bahkan boleh dinikmati sebagai snek buat anak.
MENARIK DIBACA: Senang betul buat churros, ini rahsia rangup di luar dan lembut di dalam
MENARIK DIBACA: [V] Ini rahsia masak udang harimau lemak cili, tambah kacang panjang lebih sedap
Nak lagi menyelerakan, simpan dalam peti beku sekurang-kurangnya selama 3 jam atau semalaman.
Jom cuba buat askrim yogurt buah-buahan homemade yang sangat sedap ini.
Bahan-bahan
- Yogurt asli
- Buah-buahan segar (strawberi dan beri hitam)
Cara penyediaan
- Sediakan satu bekas kecil atau bersesuaian mengikut saiz anda suka. Bekas plastik kecil bertutup juga sesuai jika mahu simpan dalam peti sejuk beku.
- Potong kecil buah-buahan atau kisa halus menjadi puri supaya senang dicampur dalam bekas.
- Lapisan pertama, masuk buah-buahan dipotong kecil atau kisar halus ke dalam bekas plastik kemudian diikuti dengan yogurt. Lakukan berulangan mengikut saiz bekas.
- Simpan dalam peti ais dan siap untuk dihidang!