KUALI | Tip & Trik

Cara cuci ayam supaya tak hanyir... Cef, tukang masak pun guna teknik ini

Lead Image

RAMAI beranggapan bau hanyir kuat adalah petanda ayam sudah rosak dan tidak lagi selamat dimakan.

Masalah itu mungkin bukan berpunca daripada ayam lama dan tidak boleh dimakan, sebaliknya bau itu datang dari lendir di bahagian kulit ayam yang tak dibuang ketika mencuci.

Perkara ini dikongsikan seorang warga Thread dikenali sebagai Pok Wan, yang mendedahkan kesilapan paling biasa dilakukan di dapur adalah mencuci ayam menggunakan air paip semata-mata.

Menurut Pok Wan, lendir punca ayam berbau hanyir.

"Ayam masak kat rumah bau hanyir 'kolam'? Tu sebab korang cuci ayam bilas pakai air paip je.

"Lendir kat kulit ayam tu punca segala bau hamis. Cef hotel jarang sembang benda ni," tulisnya.

Menurut Pok Wan, rata-rata tukang masak berpengalaman akan menanggalkan lendir terlebih dahulu sebelum mencuci ayam.

Caranya cukup ringkas, tidak memerlukan bahan renyah atau mahal.

MENARIK DIBACA: Ayam songkem luar biasa sedapnya, resipi tradisi Madura wajib cuba

MENARIK DIBACA: Resipi nasi ayam Hainan paling mudah! Sedap tak kalah macam makan dekat kedai

"Kau kena lumur ayam tu dengan tepung gandum atau garam kasar dulu. Ramas sikit sampai lendir itu tanggal, baru bilas bersih," katanya.

Tambahnya lagi, ayam yang dibersihkan menggunakan teknik ini bukan sahaja hilang bau hamis, malah teksturnya jadi lebih segar.

Malah, rempah dan perapan lebih mudah menyerap ke dalam isi ayam, termasuk hingga ke bahagian tulang, sekali gus meningkatkan rasa hidangan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Basuh betul-betul udang galah sebelum masak, mungkin ada telur lintah melekat pada kulit

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Rahsia buat telur separuh masak tekstur sempurna ala kopitiam popular... Masa, teknik kena betul

Terhangat