Letak cili kering pun tak jalan, kutu beras tetap ada! Cuba daun kari dan limau purut pula
SIAPA sahaja yang tidak berasa geram apabila beras yang disimpan elok-elok di dapur tetap juga dimasuki kutu?
Kutu beras ini bukan sekadar buat rasa beras jadi kurang sedap, malah ia boleh merosakkan stok makanan yang disimpan untuk kegunaan harian.
Kadang-kadang dah cuba bermacam cara tapi kutu yang menjengkelkan ini tetap ada.
Di sini Kuali kongsikan beberapa petua lama mudah diamalkan di rumah untuk memastikan beras kekal segar, bersih dan bebas daripada kutu.
Dengan amalan ini, anda bukan saja dapat menjaga kualiti beras, malah dapat elak pembaziran dan simpan stok makanan dengan lebih selamat.

1. Daun limau purut/daun pandan
Daun limau purut dan daun pandan terkenal dengan aroma semulajadinya yang segar dan menyenangkan.
Selain digunakan untuk menambah aroma pada masakan, daun-daun ini juga mempunyai kesan menghalau serangga dan kutu beras.
MENARIK DIBACA: 'Struggle' turunkan berat badan, buat IF pun tak jalan... Wanita mula nampak perubahan seminggu selepas amal makan telur rebus
MENARIK DIBACA:5 jenis tanaman mudah 'hidup' di dapur, tak payah beli boleh petik kalau nak masak
Bau daun limau purut dan pandan yang wangi tidak disukai oleh kutu beras menyebabkan mereka enggan mendekati bekas beras.
Lipat beberapa helai daun limau purut atau pandan dan letakkan di dalam bekas simpanan beras.
Pastikan daun sentiasa segar dan diganti apabila sudah kering agar kesannya berpanjangan.

2. Cili kering
Cili kering bukan sahaja popular dalam masakan tetapi juga berfungsi sebagai bahan penghalau serangga yang efektif.
Bau cili kering yang pedas dan tajam boleh menghalau kutu beras daripada mendekati beras.
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas beras. Selain menghalang kutu, ia juga boleh memberikan aroma yang unik pada beras.

3. Kulit kayu manis
Kulit kayu manis mempunyai aroma yang kuat dan menyenangkan yang juga bermanfaat untuk menghalau kutu beras.
Bau kuat kulit kayu manis membantu mencegah pembiakan kutu beras di dalam bekas simpanan.
Letakkan satu atau dua batang kulit kayu manis di dalam bekas beras.
Kulit kayu manis yang kering juga tahan lama dan boleh digunakan berulang kali sehingga hilang aromanya.

4. Bawang putih
Bawang putih adalah bahan dapur yang bukan sahaja terkenal dengan manfaat kesihatannya, tetapi juga berfungsi sebagai penghalau serangga semulajadi.
Bau bawang putih yang kuat dan menyengat tidak disukai oleh kutu beras, sekaligus membantu menghalang kemasukan mereka.
Ambil beberapa ulas bawang putih dan letakkan dalam bekas beras tanpa perlu dikupas. Ganti bawang putih secara berkala untuk memastikan keberkesanan.

5. Daun kari
Daun kari juga dikenali sebagai bahan semulajadi yang boleh menghalau pelbagai jenis serangga dan kutu.
Aroma daun kari yang kuat dan khas membantu menghalang kutu beras daripada membiak dalam bekas simpanan.
Letakkan beberapa helai daun kari sama ada kering atau segar di dalam bekas beras.
Pastikan daun yang digunakan bebas daripada kelembapan untuk mengelakkan beras menjadi lembap.