Dah tiada rupa kalau digoreng... Ada tip mudah elak ikan melekat pada kuali, kulitnya cantik tak terkoyak
SIAPA biasa menggoreng ikan pasti pernah alami situasi ini – ikan cantik-cantik masuk kuali, tapi bila diangkat... Alahai, kulitnya melekat pada kuali. Ikan jadi hancur, terus tiada mood nak makan.
Tapi jangan risau, sebenarnya tak payah membazir belum kuali mahal tapi boleh guna tip ini.

1. Lumurkan tepung gandum atau serbuk kunyit
Sebelum goreng, ambil sedikit tepung gandum atau serbuk kunyit halus, lumurkan pada ikan secara nipis. Bukan saja bagi rasa sedap, tapi lapisan tu akan bantu halang ikan daripada melekat kat kuali. Kulit ikan pun kekal licin dan cantik bila digoreng.

2. Panaskan kuali dengan sempurna
Pastikan kuali betul-betul panas sebelum masukkan ikan. Minyak pun kena cukup banyak untuk pastikan ikan tenggelam sekurang-kurangnya separuh.

3. Guna minyak yang banyak
Minyak perlu cukup untuk goreng ikan dengan sekata. Kalau terlalu sedikit, ikan lebih mudah melekat.
MENARIK DIBACA: 'Struggle' turunkan berat badan, buat IF pun tak jalan... Wanita mula nampak perubahan seminggu selepas amal makan telur rebus
MENARIK DIBACA:Jangan dicuci kalau belum nak masak! Ada cara simpan taugeh agar tetap segar dan tak hitam
Tapi jangan risau, minyak tu boleh tapis dan guna semula untuk goreng kali kedua (selagi tak hangit).

4. Jangan terus alih ikan
Biarkan ikan masak seketika di satu sisi. Jangan terlalu cepat cuba balikkan atau angkat—kulit akan melekat dan koyak.
Bila ikan dah betul-betul masak di bahagian bawah, baru senang diterbalikkan tanpa lekat.

5. Guna kuali non-stick
Kalau anda jenis selalu goreng ikan, pelaburan untuk satu kuali non-stick memang berbaloi. Tak semestinya mahal, asalkan kuali tu masih elok lapisannya.