Cara simpan tauhu supaya tahan lama... Cuma guna air panas, lepas sebulan masih elok
TAUHU antara bahan makanan yang sering menjadi pilihan untuk dimasak sebagai lauk harian.
Bagaimanapun, teksturnya yang lembut dan kandungan air yang tinggi membuatkan bahan ini mudah rosak jika tidak disimpan dengan cara betul.
Bagi yang sering membeli tauhu dalam kuantiti banyak, saranan cara menyimpannya menggunakan air panas mungkin boleh dijadikan panduan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, seorang individu berkongsi hasil 'ujian' menyimpan tauhu supaya tidak mudah rosak dan masih boleh makan selepas sebulan.
Berikut tip atau cara menyimpan tauhu supaya tidak cepat rosak:
- Menggunakan air panas, bilas/basuh dengan lembut tauhu, kemudian tos. Walaupun selepas dibasuh guna air panas, tekstur tauhu masih lagi lembut dan tidak pecah.
- Susun tauhu yang dibasuh dalam sebuah bekas, kemudian tuang air panas sehingga tauhu tenggelam.
- Biarkan seketika sehingga suhu menurun.
- Simpan tauhu yang masih terendam dalam air panas tadi dalam peti sejuk.
- Selepas dua minggu, tauhu masih berada dalam keadaan segar, malah rasanya juga tidak berubah.
- Sebulan kemudian, rasa tauhu berubah sedikit masam, namun masih boleh dimakan kerana belum rosak sepenuhnya.
MENARIK DIBACA: Ramai tak suka sebab ada rasa tanah, ketahui khasiat ubi bit merah
MENARIK DIBACA: Susu pekat manis 'homemade' sedap, berlemak... Lebih enak dari beli di kedai
Bagaimanapun, penting untuk difahami bahawa tempoh berkenaan bukanlah jaminan keselamatan makanan untuk semua keadaan.
Keadaan tauhu selepas disimpan lama boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kebersihan, suhu peti sejuk, bekas penyimpanan serta cara pengendaliannya.
Jika tauhu sudah mengeluarkan bau yang pelik, berlendir, berubah warna atau menunjukkan tanda-tanda kerosakan lain, elakkan daripada makan walaupun baru beberapa hari disimpan.
Petua ini sekadar perkongsian pengalaman penyimpanan, tetapi pengguna tetap perlu mengutamakan aspek keselamatan makanan sebelum menikmati tauhu yang telah disimpan.