Wanita bangga guna daun pandan wangikan kereta, netizen tinggalkan komen lucu
BUKAN semua orang menggemari bau pewangi kereta yang terlalu kuat dan menusuk hidung.
Ada pula baru beberapa minit berada di dalam kereta sudah mula berasa pening, loya malah mengalami migrain akibat tidak tahan dengan bau harum menyengat.
Seorang wanita di Threads berkongsi alternatif mudah dengan hanya menggunakan daun pandan sebagai penyegar udara semula jadi kereta.
Menurutnya, cara tersebut bukan sahaja lebih mesra bagi individu yang sensitif terhadap bau kuat malah hanya memerlukan modal sekitar RM1.
"Bila kau sejenis tak boleh bau pewangi kereta sebab mudah migrain, ni je la yang sesuai. Bermodalkan RM1 setiap pelusuk kereta aku letak.
"Yang racik tu sebab terlebih rajin. Kau carik-carik saja daunnya tu sikit lepas tu ikat bunjut. Sepuk (campak) je bawah kerusi settle hahaha," kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan kaedah itu malah ramai berkongsi perkara lucu selain ada yang mengaku pernah mencuba kaedah sama.

"Pernah letak lepas tu member tanya kenapa kereta bau nasi lemak.
"Akak pernah buat macam ni dulu sekali suami masuk kereta dia senyap, lama tu kemudian dia cakap "Yang ada bau mayat".
"Aku guna trik ni lepas naik kereta e-hailing, wangi gila tapi dia ada campur daun serai sikit," antara komen netizen.
Bagaimanapun, tidak semua individu serasi dengan bau daun pandan kerana ada yang mengakui tetap mengalami pening selepas terdedah kepada aroma tersebut.
"Saya pernah naik kereta e-hailing yang letak bunga rampai tau, auto pening lalu muntah. Yang pandan ni entahla boleh terima ke tak.
"Saya pula pening bau pandan, pernah naik kereta e-hailing tak tahu la kot banyak sangat ke letak sampai 'ofis' pening tak hilang-hilang. Pergi cari biji kopi nak bagi hilang bau tu.
MENARIK DIBACA: Pelanggan disaran elak beli minuman guna ais hancur, demonstrasi buktikan kebenaran
MENARIK DIBACA: Individu dikecam dengki warga asing isi 2 botol air wakaf masjid - "Warganegara minum segelas dua je"
"Weh aku pernah masuk kereta e-hailing sama macam awak, sumpah tengit letak satu je dah la, " antara komen netizen.
Ada netizen berpendapat daun pandan merupakan pilihan yang lebih baik berbanding pewangi kereta komersial.
"Ini lagi bagus dari pewangi kereta. Pewangi kereta banyak chemicals dan boleh rosakkan hormon," komen salah seorang warganet.
Seorang lagi netizen tampil berkongsi bahawa dia menggunakan serai wangi sebagai alternatif penyegar udara di dalam kereta.
"Saya tanam serai wangi, ambil tu potong-potong daun dan ketuk serai tu letak kat dalam kereta dengan bonet. Bau macam minyak angin, ada yang tak suka kena tutup hidung," komennya.