Anak susah 'membuang', minum jus prun dikatakan selesai masalah
MEMANG merunsingkan kepala apabila si kecil mengalami kesukaran membuang air besar sehingga menyebabkan mereka meragam kerana berasa tidak selesa.
Pelbagai cara sudah dicuba, namun ada kalanya masalah sama masih berulang.
Di Threads seorang wanita berkongsi tentang jus prun Sunsweet atau lebih dikenali buah plum yang dipercayai dapat membantu mengatasi masalah sembelit.
Menerusi perkongsiannya, dia memuat naik gambar jus sambil mencadangkan produk itu kepada ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah sembelit.
Dia turut mendakwa bahawa jus berkenaan disyorkan oleh doktor pakar pediatrik.

"Anak sembelit, please try this! Recommended by doktor pakar paediatric hospital swasta," tulisnya.
Di ruangan komen, wanita itu turut berkongsi bahawa jus berkenaan boleh diminum begitu sahaja atau dicampurkan dengan air mengikut kesesuaian.
"Terus minum boleh tambah air pun boleh. Bergantung pada anak sis sebab rasa dia masam-masam.
"Kalau anak tak suka masam boleh cuba tambah air bagi kurang sikit masam," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, ramai netizen turut berkongsi pengalaman menggunakan produk berasaskan prun untuk membantu mengatasi masalah sembelit anak.

"Suka beli yang paket tu, kisar dengan original greek yogurt. Itu pun menjadi.
"Saya beli sunsweet yang buah dalam paket purple tu. So far memang menjadi lawas je berak," antara komen netizen.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mencampurkan jus prun dengan sedikit air sebelum diberikan kepada anak.
MENARIK DIBACA: Rahsia ayam masak merah majlis kenduri sedap semacam, balik rumah masih teringat
MENARIK DIBACA: Luar biasa penangan sambal totok Jawa, buat nasi goreng pun sedap!
"Pasar mini ada jual, pernah nampak. Kat farmasi pun ada jual. Betul menjadi, anak saya pun kerap sembelit.
"Anak saya yang sulung sembelit, saya bagi jus prun ni la campur air sikit memang tak sembelit dah.
"Dulu kita sembelit makan yang buah dia. Terlampau manis tapi menjadi," komen warganet lagi.