Aktiviti jalan-jalan cari makan, 'cafe hopping' lebih bermanfaat! Sertai cabaran 145,000 langkah
MUSIM cuti hujung tahun biasanya dipenuhi dengan aktiviti seperti melancong, meluangkan masa di luar bersama keluarga, meneroka lokasi makanan menarik dan tempat baharu.
Sedarkah anda bahawa semua aktiviti ini sebenarnya membuatkan kita lebih banyak berjalan kaki?
Alang-alang berjalan kaki, apa kata kita jadikan aktiviti ini kepada satu usaha ke arah menjalani kehidupan lebih sihat dengan menyertai cabaran Samsung's Health Together Challenge edisi Jalan-Jalan Cari Makan.
Menggunakan telefon pintar jenama ini bersama aplikasi kesihatannya, anda cuma perlu rekod dan lengkapkan cabaran 145,000 langkah sepanjang tempoh kempen bermula 27 November hingga 17 Disember 2026.
Jika berjaya melengkapkan cabaran, anda berpeluang menebus baucar bernilai RM200 untuk pembelian produk Samsung terpilih (semak syarat).

Inisiatif ini diharapkan dapat menggalakkan rakyat Malaysia lebih peka terhadap pergerakan harian masing-masing dan mengambil setiap peluang untuk kekal aktif, termasuk ketika melakukan 'cafe hopping' atau keluar jalan-jalan cari makan.
Untuk rekod, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 23.1 peratus golongan dewasa di Malaysia dikategorikan sebagai obes, manakala 30.5 peratus lagi mempunyai berat badan berlebihan.
Laporan sama turut mendapati 52.1 peratus golongan dewasa di Malaysia mengalami masalah obesiti abdomen atau gemuk di bahagian perut.
Kajian terbaharu pada 2026 oleh Persekutuan Obesiti Sedunia (World Obesity Federation) merekodkan Malaysia sebagai negara kedua tertinggi dengan kadar obesiti di Asia Tenggara.
Dapatan ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia berdepan risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes sekali gus mengingatkan kita pentingnya menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian rutin harian.
Kempen ini meneruskan kejayaan cabaran terdahulu yang menyaksikan lebih 10,000 rakyat Malaysia menyertainya pada edisi September lalu.