Kunyah kulit limau kasturi, bau badan 'lesap'! Ramai dah lama amal, tak guna deodoran
MASALAH bau badan mahupun ketiak bukan sahaja boleh membuatkan seseorang berasa kurang selesa, malah turut mengganggu orang di sekeliling.
Situasi ini pasti mendorong sesiapa sahaja yang mengalaminya untuk mencari jalan bagi menghilangkan bau termasuklah mencuba pelbagai produk penjagaan.
Di Threads seorang wanita berkongsi pengalaman dan petua menggunakan kulit limau kasturi untuk mengatasi masalah tersebut.
Wanita ini mendakwa petua yang diwarisi daripada ibunya itu diamalkan sejak zaman persekolahan sehingga kini dan dikatakan berkesan menghilangkan bau badan.

"Petua dari mak aku. Kalau jenis badan berbau makan kulit limau kasturi tak kesah makan dengan nasi cecah sambal belacan atau apa-apa.
"Serius menjadi, dari zaman sekolah sampai sekarang bau badan dah tak ada," tulisnya.
MENARIK DIBACA: Ramai teruja beli tisu murah, kuantiti banyak! Doktor ingatkan tentang risiko kesihatan
MENARIK DIBACA: Cepat lapar ketika puasa sunat dan ganti? Ini tip bantu anda 'steady' sampai petang
Di ruangan komen, perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang bersetuju bahawa petua tersebut sememangnya berkesan.
"Ya betul, saya dulu ada masalah bau badan. Dah guna macam-macam deodoran pun sama. Last-last arwah ibu suruh makan kulit limau kasturi, memang kat rumah sentiasa ada buat sambal kicap, jadi stok kulit limau ni ada je. Alhamdulillah betul, terus okay dah.

"Amalan makan limau sekali kulit ni 'sebiji' macam nenek saya beritahu. Serius la awak menjadi? Saya nak cuba tapi takut tak dapat telan pahit kulit limau tu," antara komen netizen.
Tidak kurang juga yang berkongsi cara lain menggunakan limau kasturi termasuk menjadikannya jus serta menggunakannya ketika mandi.
"Saya kisar tiga hingga tujuh biji limau kasturi jadikan jus (kisar sekali kulit). Saya jadikan sebagai air refreshing, sedap bagi saya. Minum selepas makan nasi dan elakkan ketika perut kosong.
"Petua ni memang betul. Saya pun suka makan kulit limau kesturi. Tak perlu deodoran badan tak bau hamis. Selain itu, ketika mandi boleh gosok ketiak pada lutut kemudian, picit pada kelenjar ketiak tu. InsyaAllah tak bau kuat ketiak," komen warganet lagi.