info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Tak perlu produk mahal, ini 8 makanan saranan pakar bantu naikkan berat anak kecil

Lead Image

BERAT badan kanak-kanak antara perkara yang sering merisaukan ibu bapa.

Lebih-lebih lagi apabila berat si kecil dilihat tidak banyak berubah walaupun sudah diberikan pelbagai jenis makanan tambahan dan suplemen.

Menurut seorang pakar pediatrik dikenali sebagai Dr. Theiva, ibu bapa tidak semestinya perlu berbelanja besar untuk membantu menaikkan berat badan anak.

Sebaliknya, perubahan kecil dalam rutin pemakanan yang dilakukan secara konsisten boleh membantu meningkatkan pengambilan tenaga harian anak.

"We don't need the most T20 things nak naikkan berat baby yang dah weaning (tak minum susu).

“Boleh mulakan dengan this little things, buat consistently, berat pasti naik,” ujarnya menerusi perkongsian di laman Threads.

Perkongsian Dr. Theiva menarik perhatian ramai.

Berikut beberapa perubahan boleh dilakukan ibu bapa ketika menyediakan makanan anak:

1. Minyak zaitun

Ibu bapa boleh mencampurkan kira-kira satu sudu kecil minyak zaitun (olive oil) ke dalam makanan anak sebagai cara menambah kalori.

2. Minyak sapi

Minyak sapi atau ghee juga boleh digunakan ketika menyediakan makanan anak.

3. Goreng telur, bukan rebus

Goreng menggunakan minyak boleh membantu menambah kandungan tenaga dalam hidangan telur yang sememangnya kaya dengan protein.

MENARIK DIBACA: Ramai isteri akui 'cut sugar' demi keluarga! Badan ringan, tak mengah buat kerja rumah dan mudah urus anak

MENARIK DIBACA: Ibu risau berat bayi tak naik-naik masa umur 9 bulan! Syukur keju jadi penyelamat

4. 'Cream cheese'

Selepas makanan siap dikisar, boleh tambahkan satu sudu kecil 'cream cheese' ke dalam hidangan yang sesuai.

5. Jangan lupa protein

Setiap hidangan juga sebaiknya mengandungi sumber protein seperti ikan, ayam atau tauhu untuk pertumbuhan dan perkembangan badan.

6. Guna 'nut butter'

Ibu bapa juga boleh menggunakan 'nut butter' seperti mentega kacang tanah, badam atau walnut serta tanpa garam atau gula tambahan.

Ibu boleh mencampurkan kira-kira satu sudu kecil minyak zaitun (olive oil) ke dalam makanan anak.

7. Serbuk ikan bilis

Dr Theiva mencadangkan ibu bapa menggoreng ikan bilis sebelum dikisar menjadi serbuk untuk dicampurkan ke dalam makanan.

8. Kurma dan pisang

Untuk hidangan seperti yogurt atau adunan pankek, ibu bapa boleh mencampurkan puri kurma dan pisang.

Bagi yogurt pula, tidak perlu memilih produk yang mahal kerana yogurt kosong atau plain yogurt, termasuk Greek yogurt, sudah memadai sebagai pilihan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Makan secubit garam, sakit kepala dikatakan hilang dalam 5 minit! Ini penjelasannya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Wanita 'bangga' jimat masa rebus telur ketika masak nasi, tak sedar bahaya menanti

Terhangat