Ramai isteri akui 'cut sugar' demi keluarga! Badan ringan, tak mengah buat kerja rumah dan mudah urus anak
ISU berat badan, gaya hidup dan pemakanan sihat sering dikaitkan dengan peranan golongan isteri dan ibu.
Seorang wanita menyuarakan pandangannya di laman Threads tentang kepentingan menjaga berat badan dalam kalangan kaum Hawa yang sudah berkahwin.
Menurutnya, wanita khususnya yang bergelar isteri dan ibu perlu menjaga kesihatan dan mengawal pemakanan bagi mengelakkan masalah obesiti demi memudahkan urusan harian seperti menguruskan anak-anak dan kerja rumah.
"Isteri kena jaga bentuk badan, jangan obesiti tapi berisi sikit tak apa. Jaga berat badan ideal, jangan suka makan makanan viral dan manis-manis.
"Tinggalkan minuman manis dan makanan segera. Nak jaga suami dan anak anak badan kena fit jangan gemuk. Gemuk tak awesome tau. Masak masakan yang sihat-sihat untuk seisi keluarga juga," katanya.
Netizen bagaimanapun tampil memberi pandangan berbeza mengenai isu tersebut.

"Betul tu dah lama tinggalkan makanan manis, makanan segera pun sama. Sekarang menuju berat badan ideal, BMI (indeks jisim badan) dah normal menuju ke 48 kilogram.
"Mak-mak perlu fit untuk uruskan anak dan rumah tangga, kerja kita ni tak mudah sebab tu kena sihat.
"Dulu waktu jaga pesakit dekat hospital ada seorang makcik ni badan berisi, nak angkat dia pergi tandas mandi kena ada tukang angkat tiga hingga empat orang. Dia pesan suruh jaga badan jangan jadi macam dia sebab dia cakap badan berisi obesiti menyusahkan orang yang nak kena angkat dia berat-berat," antara komen netizen.
MENARIK DIBACA: Wanita 30-an risau wajah mula nampak tua, 'berdesup' netizen kongsi tip pemakanan elak kulit berkedut
MENARIK DIBACA: Wanita terkedu mahkamah persoal anak makan 3 kali sehari, ada halia dalam resit tuntutan nafkah
Ada juga yang menegaskan bahawa penjagaan diri bukan hanya melibatkan fizikal semata-mata tetapi kesihatan keseluruhan termasuk kebersihan dan keyakinan diri.
"Setuju, jaga badan bukan setakat bentuk yang fit dan juga jangan sampai ada bau badan. Saya ramai sangat jumpa orang gemuk yang suka sembur minyak wangi banyak-banyak konon nak bagi wangi padahal bila perfume, peluh campur bau badan dia akan jadi lagi busuk," komen seorang warganet.

Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman peribadi selepas berkahwin dan perubahan gaya hidup mereka.
"Sebab tu lepas kahwin pun saya tak naik berat badan sangat, naik pun dua hingga tiga kilogram saja, saya takut gemuk.
"Saya nak jaga badan bukan untuk suami semata-mata, tapi untuk diri sendiri dan anak-anak juga sebab bila badan ringan nak urus anak-anak atau rumah tak mengah. Dari 95 kilogram dan sekarang dah 65 kilogram nak menuju dapatkan 56 kilogram.
"Setuju, saya pernah gemuk dan rasa tak semangat sangat sebab bila bergambar memang tak cantik. Pakai baju apa-apa pun nampak tak cantik selalu 'mengah' dan tak fit. Masa tu memang kuat makan manis, sekarang Alhamdulillah dah kurus sikit baru la rasa selesa dan yakin," komen netizen lagi.