info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Baru tahu bunga kenanga boleh dijadikan minuman - "Minum sebab nak bagi badan wangi"

Lead Image

BUNGA-bungaan biasanya dijadikan hiasan, mandian atau pewangi semula jadi. 

Bagaimanapun tindakan seorang wanita merendam kelopak bunga segar berwarna kuning dalam air untuk dijadikan minuman mencuri perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran video yang dikongsi di Threads, wanita berkenaan dilihat menuang air putih ke dalam gelas yang mengandungi bunga kenanga kampung yang mekar dan segar kelopaknya.

"Hari ini tengok bunga dah kuning cantik. Jadi kita pun petik buat air. Minum sebab nak bagi badan wangi, Alhamdulillah!" tulisnya.

Bunga cempaka turut digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk sebagai minuam khasiat, pewangi dan bahan mandian.

Menurut wanita itu lagi, dia mencuci bersih bunga yang dipetik dan kemudian merendamnya dalam air selama 15 minit sebelum ia diminum.

Di ruangan komen, sebahagian netizen terkejut kerana tidak mengetahui bahawa bunga berkenaan boleh dijadikan minuman.

"Seriuslah boleh minum? Saya dulu masa umur empat tahun minum air rendam bunga ini terus pening macam mabuk sebab pahit getah dia. Trauma, sampai sekarang masih terbayang.

"Wah baru tahu boleh minum buat tea. Maksudnya bunganya boleh keringkan dulu dan simpan la kan?

MENARIK DIBACA: Bihun goreng letak cuka petua orang lama... Sedap, lambat basi dan tak lembik

MENARIK DIBACA: Ramai keliru pilih madu tulen, cuma perlu periksa logo khas sebelum beli

"Oh bunga kenanga boleh buat minum, ingat buat mandi je," antara komen netizen.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman serta kegunaan bunga berkenaan untuk rambut.

"Saya pula suka ramas bunganya dan letak dalam ikatan rambut. Wangi je.

Antara komen di Threads.

"Bunga ni saya rebus dengan daun moringa, daun beri dan inai. Air tu buat tonic rambut, rasa sejuk je. Kalau sakit kepala sebab panas cepat-cepat spray air tu kat kepala. Rambut pun wangi bunga 'sayup-sayup' macam tu.

"Mak selalu letak dalam minyak kelapa yang dimasak sendiri untuk sapu pada rambut supaya lambat beruban. Atau letak di bawah bantal tidur," ujar netizen lain.

Selain itu, terdapat juga pelbagai petua dan kegunaan lain bunga ini yang dikongsikan netizen.

"Serius la. Biasa buat mandi atau perfume kereta.

"Bunga ni letak dalam jaring kecil tu campak je dalam kereta semerbak bau.

"Masa kecil dulu arwah tok ada tanam pokok bunga ni. Tapi saya tak suka bau dia. Sekarang jadi suka pula bau ylang-ylang ni. Diffuse essentials oil," komen netizen lagi.

Dalam pada itu, ada juga individu yang memberi peringatan bahawa air bunga kenanga tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah darah rendah.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Punca kuali 'mengelupas', 'lari' bentuk rupanya sebab tabiat cuci ketika masih panas

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Rempah tak masak, kari tak sempurna! Che Nom kongsi tip penting ketika menumis

Terhangat