info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Rempah tak masak, kari tak sempurna! Che Nom kongsi tip penting ketika menumis

Lead Image

BAGI sesetengah masakan seperti kari dan lauk lain yang berempah, harus diketahui bahawa proses menumis tidak sekadar mencampurkan bahan itu dengan minyak dalam kuali.

Rempah tidak cukup masak boleh menyebabkan bau dan rasa mentah masih terasa, malah warna kuah juga mungkin kurang menarik.

Justeru teknik menumis yang betul penting untuk memastikan rempah benar-benar masak dan menghasilkan aroma lebih harum.

Tunggu rempah pecah minyak sehingga tiga kali untuk dapatkan aroma dan warna kari cantik.

Pempengaruh masakan terkenal, Che Nom, berkongsi satu petua mudah ketika menumis iaitu menambah sedikit air secara berperingkat.

Menurutnya, rempah perlu ditumis secara berperingkat dan air ditambah sebanyak dua kali sepanjang proses tersebut.

“Caranya tumis secara berperingkat, tambah air sebanyak dua kali dan tunggu rempah pecah minyak sampai tiga kali.

MENARIK DIBACA: Buang toksin, kuatkan imunisasi tubuh... Ini 5 makanan 'power' bantu anda kekal sihat musim jerebu

MENARIK DIBACA: Pergi pasar raya, lelaki terkejut lihat harga buah dari Jepun! Persoal keistimewaan, siapa selalu beli

“Dengan cara ini, rempah akan masak sempurna, bau mentah hilang, warna kari pun menjadi cantik,” kongsinya di media sosial.

Teknik ini juga boleh membantu memastikan rempah terus dimasak tanpa terlalu cepat kering atau hangit di dalam kuali.

Rempah perlu ditumis secara berperingkat supaya masak sempurna.

Apabila air ditambah sedikit demi sedikit, rempah boleh terus ditumis sehingga kembali pekat dan minyak mula kelihatan di permukaan.

Jadi, bagi yang selalu memasak kari atau lauk menggunakan bahan kisar dan rempah, tidak perlu terlalu tergesa-gesa ketika menumis.

Beri masa kepada rempah untuk masak, tambah air secara berperingkat dan tunggu sehingga pecah minyak.

Petua ringkas ini boleh membantu menghasilkan tumisan yang lebih wangi, tidak berbau mentah dan warna masakan yang lebih cantik.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Baru tahu bunga kenanga boleh dijadikan minuman - "Minum sebab nak bagi badan wangi"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

'DIY' deodoran guna minyak, serbuk penaik dan tepung... Ketiak harum, kulit makin cerah

Terhangat