Bayam jadikan lena lebih ‘puas’... Bantu masalah sukar tidur malam, tak dapat rehat berkualiti
BUAT wanita yang sering terjaga pada waktu malam atau sukar mendapatkan tidur lena, tiba masanya untuk 'mengkaji' semula apa diet diamalkan setiap hari.
Menurut perkongsian seorang wanita, dia mula mengamalkan pengambilan bayam dalam rutin hariannya dan hasilnya individu ini dapat menikmati tidur berkualiti.
"Bayam antara sayuran kaya dengan kandungan magnesium. Tidur malam akan lebih lena sebab kandungan nutrisi ini.
“Magnesium penting untuk fungsi saraf dan pengenduran otot. Bila tidur cukup, muka akan kurang sembap,” kongsinya di Threads.

Magnesium antara mineral penting diperlukan tubuh untuk pelbagai fungsi, termasuk membantu fungsi otot dan sistem saraf.
Disebabkan itu, wanita tersebut memberitahu dia mula membuat jus dan mengambil ‘green shot’ sebagai sebahagian daripada rutin hariannya.
MENARIK DIBACA: Nampak senang, ramai mengaku kalah cuba diet tembikai ekstrem Zul Ariffin
MENARIK DIBACA: 'Defrost' ayam cara mudah guna garam... Lepas 30 minit dah boleh masak, isi lebih lembut
“Saya mula buat jus dan amalkan ‘green shot’. Patutlah kebelakangan ini senang betul tidur lena. Rasa puas tidur,” kongsinya lanjut.
Selain bayam, dia turut menyarankan pengambilan timun dan nanas yang turut membantu penghadaman dan membuatkan wajah kelihatan kurang sembap.
“Timun banyak air dan potassium. Potassium bantu seimbangkan sodium dalam badan yang buatkan muka nampak sembap.
"Kalium pula mineral penting terlibat dalam pelbagai fungsi tubuh, termasuk keseimbangan cecair, fungsi otot dan sistem saraf.

"Dalam masa sama, pengambilan air mencukupi juga penting untuk membantu mengekalkan hidrasi badan," tulisnya.
Nanas turut menjadi pilihan wanita ini kerana mengandungi sekumpulan enzim yang terdapat secara semula jadi dikenali sebagai bromelain,
“Pengambilan nanas bantu sistem penghadaman. Bila sistem penghadaman cantik, nutrien akan dapat diserap dengan lebih baik. Usus sihat, automatik kulit akan nampak sihat,” katanya.
Justeru, bayam, timun dan nanas boleh dimasukkan dalam menu harian sebagai sebahagian daripada pemakanan yang pelbagai dan seimbang.