Masak asam pedas cara orang malas! Tahu-tahu siap, satu famili makan dengan gembira
BAGI individu bergelar suri rumah, memasak sudah menjadi tugas hakiki yang dilakukan setiap hari.
Tidak hairanlah ada hari-hari tertentu 'mood' memasak hilang entah ke mana, sedangkan suami dan anak-anak masih perlu diberi makan seperti biasa.
Sebagai penyelesaian, membeli lauk di kedai menjadi langkah paling mudah.
Situasi itu turut dialami seorang wanita yang mengakui sedang berada dalam ‘mood malas’ untuk menyediakan hidangan.

Menerusi perkongsiannya di Threads, suri rumah berkenaan memilih jalan paling mudah ketika malas memasak iaitu membeli kuah tanpa lauk.
"Suri rumah kepada suri rumah. Malas awak tahap apa?
"Malas saya hari ini, saya beli kuah asam pedas berharga RM1.
"Balik rumah saya masukkan ikan kembung. Siap!" kongsinya.
MENARIK DIBACA: Pajeri rambutan bukan menu pelik, ramai dah makan sejak kecil... Boleh juga masak kari
MENARIK DIBACA: Kedai nasi kandar didakwa guna taktik 'putar belit' untuk pelanggan bayar guna kod QR
Nampak ringkas, cara tersebut sebenarnya boleh menjadi penyelamat terutama ketika muncul 'mood' malas untuk menyediakan bahan masakan.
Ternyata dengan hanya membeli kuah asam pedas yang sudah tersedia, dia hanya perlu memasukkan ikan kembung dan menunggu sehingga ia masak.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap tindakan wanita itu bukan tanda malas, sebaliknya satu bentuk kebijaksanaan dalam menguruskan masa dan tenaga.

"Ini bukan malas, tapi kreatif, inovatif dan menjimatkan masa.
"Mak-mak suri rumah ni kalau dah sampai tahap malas, nak goreng telur mata pun tak nak tau. Itu belum lagi sebab tak tahu nak masak apa.
"Ini bukan malas, ini bijak namanya. Bijak dalam pengurusan masa, bijak dalam pengurusan bahan dan bijak dalam perancangan seharian," antara komen netizen.
Memang ada kalanya seorang suri rumah tidak perlu terlalu memaksa diri untuk menyediakan hidangan yang rumit setiap hari.
Jika ada pilihan yang lebih mudah, menjimatkan masa dan masih boleh mengisi perut seisi keluarga tidak ada salahnya 'lari' dari rutin harian.