Lutut ke, buku lali? Pelanggan rasa tertipu lepas beli paha ayam promosi
SIAPA saja yang tak geram apabila barang yang dibeli tidak seperti apa yang diharapkan.
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila dia membeli bahagian paha ayam yang diiklankan pada harga promosi RM9 sekilogram.
Menerusi perkongsian di Threads, individu itu berkata dia membeli ayam tersebut pada minggu lalu dan terus menyimpannya di dalam peti sejuk beku.
“Minggu lepas nampak orang buat promosi paha ayam dengan harga RM9 sekilogram. Pergi beli, ambil terus letak dalam peti beku.

“Hari ini saya nak goreng, tengok paha dia beri, paha ke lutut ni? Ke buku lali?” luahnya kecewa, di Threads.
Menurut wanita itu, promosi ayam berkenaan dilakukan menerusi status WhatsApp penjual.
Katanya, dia mengambil sendiri ayam tersebut di rumah peniaga dan ketika itu ia sudah beku serta sudah dimasukkan dalam plastik.
“Saya ambil di rumah penjual. Memang siap letak dalam plastik dan ayam masih beku lagi.
“Jadi saya pulang ke rumah memang terus letak dalam peti beku, tak tengok pula isinya,” jelasnya.
Selepas mengeluarkan ayam untuk dimasak beberapa hari kemudian, barulah dia menyedari bahagian diterimanya tidak seperti yang disangkakan.
MENARIK DIBACA: Dari baguette ke kare pan, kenali 7 jenis roti popular dunia dan kisah di sebaliknya
MENARIK DIBACA: Pastri sanggup bayar mahal, kuih tradisi nak murah gila-gila! Pelanggan disaran ubah mentaliti lapuk
Perkongsian berkenaan menarik perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi terhadap bentuk dan saiz bahagian ayam berkenaan.
Ada yang berpendapat wanita itu sebenarnya menerima bahagian betis ayam atau drumette, manakala sebahagian lain pula menjelaskan ia mungkin paha ayam yang dipotong tidak mengikut sendi.
“La, atas paha ayam dah terpotong. Dapat sekerat je paha ayam. Tak jujur berniaga macam ni.
“Saya suka bahagian ni dan gemar makan bahagian hujung. Bahagian isi saya beri pada anak makan. Kalau jual macam ni saya nak beli.
“Sepatutnya peniaga maklumlah kalau pasaran menjual lebihan paha ayam. Tapi RM9 harganya berbaloi.
"Bahagian ni sesuai masak berkuah macam sup ayam, tak sesuai digoreng.

“Ni paha ayam tapi tak potong ikut sendi. Bila digoreng isi ayam jadi bergulung.
“Ini betis ayam, bukan paha ayam atau dikenali sebagai drummet,” antara komen netizen.
Peringatan buat anda yang membeli ayam, jika ia dibeli dalam keadaan beku dan sudah dibungkus, sebaiknya periksa terlebih dahulu isinya.
Sekurang-kurangnya tidaklah terkejut apabila tiba masa hendak memasak.