info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Berniaga dari bangunan tertinggi Malaysia, sambal KA 'sold out' tak sampai 2 minit

Lead Image

PEMPENGARUH media sosial dan usahawan Khairul Aming (KA), mencipta sejarah apabila produk terbaharunya, Sambal Nyet Bilis Sambal Nyet Bilis, mencatat jualan RM2 juta terpantas dalam tempoh hanya satu minit 51 saat.

Menerusi sesi jualan pertama yang disiarkan secara langsung di TikTok pada Jumaat malam, KA turut memecahkan rekod dengan mencatat jumlah tontonan serentak tertinggi iaitu lebih 388,000 serta jualan melebihi RM3.5 juta.

Pencapaian itu sekali gus menjadikan Sambal Bilis Nyet sebagai produk pertama dari Malaysia yang mencapai kelab jualan RM3 juta (3 Mil Club) TikTokShop MY.

Lebih menarik, pelancaran produk itu turut mencipta kelainan apabila diadakan dari puncak Merdeka 118, bangunan tertinggi di Malaysia.

Khairul Aming mengumumkan bahawa lima pembeli terpantas akan diterbangkan ke Dolomites, Itali sebagai hadiah istimewa.

Dalam satu hantaran selepas sesi jualan tersebut, KA menzahirkan penghargaan kepada semua yang memberikan kepercayaan terhadap produk keluarannya.

“Alhamdulillah kita berjaya pecahkan lima rekod malam ni,” katanya.

Beberapa hari sebelum majlis pelancaran, KA mengumumkan bahawa lima pembeli terpantas akan diterbangkan ke Dolomites, Itali sebagai hadiah istimewa.

Bagaimanapun bagi menghargai sokongan luar biasa pengikutnya, dia membuat kejutan pada sesi jualan dengan mengumumkan penambahan dua lagi pemenang iaitu pembeli ke-1,000 dan ke-2,000.

MENARIK DIBACA: Pelajar UPM cipta tepung biji durian, hasilkan roti Doughrian rendah karbohidrat

MENARIK DIBACA: Mesin pintar 'Bread for All' beri roti segar percuma 24 jam kepada individu memerlukan

Selain itu, seramai 20 pembeli bertuah turut diumumkan bakal menerima Tiket Emas Rembayung.

Pada Isnin, KA mengumumkan mengenai pelancaran Sambal Nyet Bilis selepas sebelum ini memberi tumpuan kepada operasi perniagaan restorannya.

Pengumuman itu disambut baik oleh para pengikutnya yang tidak sabar untuk mendapatkan produk terbaharu KA.

Untuk rekod, KA sebelum ini pernah mencipta fenomena apabila 100,000 pek Rendang Nyet Berapi habis terjual dalam tempoh kurang seminit pada Ogos tahun lalu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Demi lima cucuk sate untuk adik terlantar sakit, abang rayu tugas cuci pinggan kotor

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Cuaca panas melampau, Korea Utara saran rakyat makan sup daging anjing

Terhangat