info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Cuaca panas melampau, Korea Utara saran rakyat makan sup daging anjing

Lead Image

RAKYAT Korea Utara dinasihatkan mengambil sup daging anjing sebagai cara melindungi diri daripada cuaca panas melampau.

Saranan itu disampaikan media rasmi negara berkenaan, Rodong Sinmun, selepas Korea Utara dilaporkan berdepan suhu tertinggi dalam rekod sejak beberapa hari lalu.

Dalam laporannya, akhbar itu berkongsi panduan kesihatan yang mengandungi tip menghadapi gelombang haba serta langkah pertolongan cemas bagi penyakit berkaitan cuaca panas.

Malah, berdasarkan temu bual bersama seorang doktor kanan dari Hospital Besar Pyongyang, akhbar tersebut memberi amaran bahawa penyakit seperti kardiovaskular, diabetes dan hipertiroidisme boleh menjadi lebih serius akibat keletihan haba serta strok haba.

Selain mengesyorkan makanan yang mampu menyejukkan badan seperti tembikai, kacang hijau, kacang merah dan timun, media itu turut menggalakkan orang ramai menikmati sup daging anjing atau dikenali sebagai dangogi.

Menurut akhbar berkenaan, hidangan tradisional itu dipercayai dapat membantu mengembalikan tenaga ketika cuaca panas.

"Ia biasanya dimakan ketika musim panas bagi membantu mengurangkan keletihan akibat cuaca," menurut laporan itu.

MENARIK DIBACA: Maryam You Narae ajar petua Korea... Campuran buah pear, lobak putih bantu cairkan kahak bayi

MENARIK DIBACA: Bekas jurulatih skuad bola sepak Korea Selatan 'diharamkan' masuk restoran, kedai serbaneka

Kerajaan Korea Utara dilaporkan telah mempromosikan dangogi sejak beberapa dekad lalu dengan membuka restoran khas di sepanjang Sungai Taedong serta mendaftarkan resipi tradisional dari beberapa wilayah sebagai warisan budaya.

Malah, pertandingan memasak tahunan turut dianjurkan di Pyongyang bagi mengangkat status kulinari hidangan tersebut, selain menggambarkannya sebagai satu cara patriotik untuk mengharungi musim panas.

Sejak 27 Julai lalu, Pyongyang turut mengalami beberapa malam tropika berturut-turut apabila suhu pada waktu malam kekal melebihi 25 darjah Celsius, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai kesan gelombang haba terhadap kesihatan penduduk.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Berniaga dari bangunan tertinggi Malaysia, sambal KA 'sold out' tak sampai 2 minit

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Ada beza antara laksa Penang, Kedah dan Perlis walau sama-sama asal dari utara

Terhangat