info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Bekas jurulatih skuad bola sepak Korea Selatan 'diharamkan' masuk restoran, kedai serbaneka

Lead Image

KEGAGALAN skuad Korea Selatan melepasi saingan peringkat kumpulan Piala Dunia 2026 mencetuskan reaksi negatif dalam kalangan penyokong.

Bukan setakat kecaman, beberapa restoran dan kafe di sana dilaporkan melarang bekas ketua jurulatih, Hong Myung-bo daripada memasuki premis.

Memetik laporan media, sebuah restoran di wilayah Gyeonggi memasang papan tanda bertulis 'Hong Myung-bo dilarang masuk' di hadapan premis mereka.

Reaksi ini ditunjukkan selepas Korea Selatan tewas menentang Afrika Selatan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada 25 Jun lalu.

Protes ini ditunjukkan selepas kegagalan skuad Bola Sepak Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Dunia 2026.

Susulan kegagalan tersebut, Hong mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan.

Bukan sahaja restoran, beberapa kafe di Seoul turut melakukan tindakan sama dengan seorang pemilik memuat naik gambar papan tanda larangan itu di media sosial.

"Dia mungkin tidak akan datang ke sini, tetapi saya masih terlalu kecewa," tulisnya di laman SNS.

MENARIK DIBACA: Diet Haaland jadi perhatian... Norway angkut ratusan kilogram ikan, keju ke kem latihan di AS

MENARIK DIBACA: Piala Dunia FIFA 2026: Katering, pengurusan makanan berskala besar di AS, Kanada dan Mexico

Fenomena itu turut merebak ke beberapa kedai serbaneka yang memasang notis bertulis 'Hong Myung-bo Dilarang Masuk'.

Malah, gambar yang tular di internet menunjukkan mesej sama turut dipaparkan pada skrin maklumat di beberapa bas awam, sementara hantaran berunsur sindiran terhadap Hong membanjiri laman media sosial.

Sehingga kini, Hong terus menjadi sasaran kritikan penyokong di forum-forum dalam talian Korea Selatan. 

Ramai netizen menyifatkannya sebagai antara jurulatih paling mengecewakan dalam sejarah bola sepak negara itu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pelancong terkejut orang Malaysia makan 7 kali sehari - "Ingatkan mengarut, rupanya benar"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Kualiti premium, rasa manis.... Nanas MD2 Malaysia tembusi pasaran New Zealand

Terhangat