info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Kualiti premium, rasa manis.... Nanas MD2 Malaysia tembusi pasaran New Zealand

Lead Image

MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pengeluar nanas utama di Asia Tenggara dengan jumlah pengeluaran melebihi 530,000 tan metrik setahun, sekali gus membuka lebih banyak peluang eksport ke pasaran antarabangsa.

Pengeluaran varieti premium seperti MD2, Josapine dan N36 yang terkenal dengan kualiti tinggi serta rasa manis meningkatkan daya saing industri nanas negara dalam memenuhi permintaan global.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, terbaharu nanas segar MD2 berjaya menembusi pasaran New Zealand selepas mendapat kelulusan rasmi akses pasaran daripada pihak berkuasa negara itu.

Eksport Nanas MD2 Malaysia ke pasaran New Zealand membuka peluang lebih luas buat pekebun dan industri tempatan.

"Kejayaan ini membuktikan pengeluaran nanas negara bukan sahaja mencukupi untuk keperluan domestik, malah mempunyai lebihan untuk tujuan eksport.

"Negara kini mencapai tahap sara diri (SSR) melebihi 100 peratus bagi nanas. Sebarang tambahan pengeluaran boleh dipasarkan ke luar negara dan New Zealand adalah antara pasaran baharu berjaya ditembusi," katanya ketika majlis pelepasan rasmi eksport nanas segar MD2 Malaysia ke New Zealand, di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Rabu lalu.

MENARIK DIBACA: Titik terendah pelanggan! Lepas 'mengemis' duit ibu nak beli nasi, rider letak pesanan di tong sampah

MENARIK DIBACA: Banyak tip di internet, netizen kongsi petua ibu dipegang sampai hari ini... Masakan jadi lebih enak

Mohamad berkata, pasaran New Zealand dipilih kerana permintaan semakin meningkat terhadap nanas berkualiti tinggi, khususnya varieti MD2 yang terkenal dengan rasa manis dan tekstur premium.

Nanas MD2 lebih manis dan premium. Gambar AI

"Buat masa ini, nilai eksport ke New Zealand dianggarkan sekitar RM360,000 sebulan atau RM4.32 juta setahun. Ini hanyalah permulaan dan kita menjangkakan jumlah eksport akan terus meningkat pada masa depan.

"Kejayaan ini hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), LPNM, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta pemain industri," katanya.

Jelasnya, pencapaian itu turut memberi manfaat kepada industri nanas sekali gus meningkatkan pendapatan pekebun, pemain industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Bekas jurulatih skuad bola sepak Korea Selatan 'diharamkan' masuk restoran, kedai serbaneka

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

'Terbang' RM2,000, individu terkejut kena kompaun berniaga dari rumah - "Bau ayam goreng masuk rumah jiran"

Terhangat