info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Titik terendah pelanggan! Lepas 'mengemis' duit ibu nak beli nasi, rider letak pesanan di tong sampah

Lead Image

SEORANG wanita berkongsi detik menyedihkan apabila mendakwa makanan yang dipesan diletakkan di tempat pembuangan sampah.

Menurut wanita itu, pada hari kejadian dia bersama suami tiba di rumah sekitar pukul 8 malam dalam keadaan letih dan lapar. 

Suaminya kemudian membuat pesanan sebungkus nasi untuk dikongsi bersama namun apa yang berlaku selepas itu benar-benar mengecewakan mereka.

"Titik terendah aku dan suami sebagai manusia, macam anjing kurap dibuatnya. Sampai rumah dah dekat pukul 8 malam, suami lapar kemudian order nasi sebungkus. Penat-penat orang kedai sediakan makanan bungkus elok-elok diletaknya kat tempat sampah!

"Sampai hati! Dah la aku 'mengemis' dengan mak nak beli makanan sebab dah 'kering' (tiada duit), sedih. Call rider, suami marah tanya kenapa dia buat macam tu? Rider cakap kenapa tak keluar? Dah mesej suruh letak atas tembok dia (rider) boleh tanya macam tu," luahnya.

Mesej perbualan antara wanita tersebut bersama rider menerusi aplikasi penghantaran makanan.

Bercerita lanjut, wanita itu berkata setelah selesai solat Maghrib, suaminya memberitahu ada terdengar bunyi motosikal di hadapan rumah namun tiada sebarang isyarat seperti hon atau salam diberikan.

Apabila memeriksa status pesanan di telefon, mereka mendapati gambar makanan diletakkan di tempat pembuangan sampah di pagar rumah oleh rider.

MENARIK DIBACA: Banyak tip di internet, netizen kongsi petua ibu dipegang sampai hari ini... Masakan jadi lebih enak

MENARIK DIBACA: Cara mudah simpan cili, sayur agar kekal segar... Lebih sebulan masih masih elok

"Check telefon ada gambar rider hantar. Berderau darah tengok gambar, menggigil-gigil aku keluar nak ambil makanan, sampai hati!

"Lepas kami call rider kemudian selepas tu dia call back dan cakap 'makan je la kan dalam plastik tu'.

"Aku pun apa lagi terus naik suara marah kat rider tu, persoalkan kenapa mesti dia letak dalam tempat sampah? Kalau tak boleh letak atas (tembok) kenapa tak mesej atau call? Terus dia end call! Kurang ajar," katanya, marah.

Bukti penghantaran makanan diletakkan di kawasan tong sampah.

Perkongsian tersebut dihujani pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berasa tidak puas hati dan mengecam tindakan rider berkenaan.

"Ini lebih pada sakit hati dendam menyampah. Ada yang paksa dia kerja rider ke? Macam otak tertinggal kat kedai ni masa ambil makanan.  

"Buat aduan kat khidmat pelanggan gambar ni. Harap-harap terus terminate rider ni.

"Dia lagi tergamak letak dalam tempat sampah dari dia letak atas tembok tu. Semoga setiap hari dia dapat makanan bau sampah sebab aniaya orang macam tu.

"Mustahil tak tahu tu tempat letak sampah dengan keadaan ruang kotor macam tu takkan tak boleh pikir. Saya pun pernah dapat rider, kita dah bagi arahan sangkut dekat pagar sebab saya dah letak hook kat situ. Dia letak juga atas lantai koridor. Jenis tak ikut arahan, BM (Bahasa Melayu) dulu masa sekolah mesti gred E," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Pelanggan buat aduan, staf ganti makanan 'baharu' diambil dari tong sampah dan diludah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Barista Malaysia cipta sejarah, Nas Jaafar juara World Brewers Cup 2026

Terhangat