info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Barista Malaysia cipta sejarah, Nas Jaafar juara World Brewers Cup 2026

Lead Image

BARISTA Malaysia, Nas Jaafar, mencipta sejarah apabila muncul sebagai rakyat Malaysia pertama menjuarai 2026 World Brewers Cup yang berlangsung di Brussels, Belgium pada Sabtu lalu.

Kemenangan itu disahkan menerusi platform rasmi World Coffee Championships selepas Nas berjaya menewaskan peserta terbaik dari Australia, Hong Kong, Republik Czech, Korea Selatan dan Perancis pada pusingan akhir.

Menerusi perkongsian akaun Pesta Kopi, pemuda berusia 38 tahun itu memukau barisan juri menerusi kemahiran membancuh kopi secara manual, ketepatan teknik, kualiti rasa, konsistensi serta kebolehannya menghuraikan profil rasa kopi yang dihasilkan.

Nas berjaya menewaskan peserta terbaik dari Australia, Hong Kong, Republik Czech, Korea Selatan dan Perancis.

"Dengan menggunakan biji kopi terpilih dari Panama iaitu Finca Nuguo Anaerobic Natural Geisha, persembahan seduhan barista berusia 38 tahun ini berjaya menawan hati para juri," menurut perkongsian tersebut di Threads.

Menurut kenyataan Pesta Kopi lagi, kejayaan Nas disambut meriah oleh komuniti kopi tempatan yang menyifatkan kemenangan itu sebagai detik bersejarah buat industri kopi negara.

Malah, ia membuktikan penggiat kopi tempatan mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam arena kopi istimewa di peringkat global.

"Tahniah daripada kami semua rakyat Malaysia atas kejayaan ini. Sesungguhnya ia merupakan satu kebanggaan yang tiada tolok bandingnya. Kopi lokal terus maju!" katanya.

MENARIK DIBACA: Cef Zaini terbang ke Itali sertai pertandingan piza dunia, Malaysia berbangga!

MENARIK DIBACA: Membanggakan! Dua kedai kopi Malaysia masuk 'ranking' World's 100 Best Coffee Shops

Antara kriteria yang dinilai termasuklah kebersihan dan kekemasan, cara penyampaian, pilihan biji kopi, cara seduh, peralatan, rasa dan beberapa elemen lain.

Sebelum ini, Nas muncul juara Malaysia Brewers Cup 2025, sekali gus melayakkannya mewakili negara ke pentas dunia.

Selain bergelar barista, Nas merupakan Pakar Kopi Hijau (Green Coffee Specialist) di Falcon Coffees, sebuah syarikat yang mengedarkan biji kopi premium dari pelbagai negara kepada pengusaha industri kopi di seluruh dunia.

World Brewers Cup merupakan pertandingan tahunan di bawah siri World Coffee Championships dan diiktiraf sebagai antara acara paling berprestij dalam industri kopi istimewa dunia, menghimpunkan juara kebangsaan dari puluhan negara setiap tahun.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Titik terendah pelanggan! Lepas 'mengemis' duit ibu nak beli nasi, rider letak pesanan di tong sampah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Piala Dunia FIFA 2026: Katering, pengurusan makanan berskala besar di AS, Kanada dan Mexico

Terhangat