info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pelancong terkejut orang Malaysia makan 7 kali sehari - "Ingatkan mengarut, rupanya benar"

Lead Image

MAKAN sekitar tiga kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perkara biasa diamalkan di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Bagaimanapun, tidak bagi penduduk berbilang kaum di Malaysia yang mampu makan sehingga tujuh kali sehari, malah mungkin lebih!

Sepasang pelancong asing berkongsi pengalaman mereka berhubung perkara ini selepas beberapa hari bercuti di Malaysia.

Menerusi hantaran video yang dikongsikan dalam TikTok, pasangan tersebut pada awalnya menyangka cakap-cakap bahawa rakyat Malaysia makan sehingga tujuh kali sehari sebagai tidak masuk akal.

Pasangan dikenali sebagai Wade and Dani ini pada awalnya tidak percaya rakyat Malaysia makan sehingga tujuh kali sehari.

Selepas beberapa hari berada di Malaysia, mereka akhirnya percaya bahawa rakyat Malaysia tidak sekadar makan pada waktu pagi, tengah hari dan malam, malah turut menikmati makanan pada waktu-waktu lain

"Rupa-rupanya rakyat Malaysia boleh makan sehingga tujuh kali sehari.

"Awalnya kami anggap perkara tersebut seperti tidak masuk akal, sehinggalah kami sendiri berada di Malaysia," katanya.

Dalam perkongsian tersebut, pasangan yang dikenali sebagai Wade and Dani dilihat memulakan pagi mereka dengan menikmati sarapan pagi nasi lemak dan telur separuh masak.

MENARIK DIBACA: Sate Famili gemuk-gemuk, isi padat berjus... Awas, sekali makan pasti ketagih!

MENARIK DIBACA: Netizen 'sekolahkan' lelaki anggap pekerja biadab campak durian ke lantai, tak hormat makanan

Selepas selesai, pasangan itu kemudiannya dilihat menikmati hidangan seterusnya iaitu roti bakar bersama kaya dengan secawan kopi.

Pada waktu makan tengah hari pula, mereka diperkenalkan dengan hidangan popular tempatan yang lebih berat iaitu nasi ayam, sebelum kembali menikmati makanan lain tidak berapa lama kemudian sebagai minum petang.

"Semua orang seolah-olah sudah tahu gabungan lauk paling enak, kecuali kami," ujarnya.

Untuk minum petang pasangan itu mencuba hidangan ringan iaitu karipap, pisang goreng bersama air balang.

Nasi lemak, teh tarik, roti canai dan nasi ayam antara makanan popular di Malaysia. Foto Gambar AI

Ketika malam malam, mereka memilih untuk menikmati nasi beriani dan menyangka 'hari makan' mereka sudah selesai.

Bagi rakyat tempatan makan malam bukanlah penutup untuk hari mereka kerana masih ada waktu makan terakhir iaitu 'supper'.

"Kira-kira pukul 11 malam, kami makan lagi. Semua orang duduk menikmati roti canai, mi dan teh tarik seolah-olah tengah malam adalah waktu paling biasa untuk menikmati satu lagi hidangan penuh," jelasnya.

Dalam akhir video, pasangan itu menyedari bahawa rakyat Malaysia sebenarnya tidak makan tujuh hidangan besar sehari, cuma mereka boleh makan sebanyak tujuh kali sehari dalam waktu berbeza.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Hukum kunyah sisa makanan ketika solat, batal atau tidak? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Bekas jurulatih skuad bola sepak Korea Selatan 'diharamkan' masuk restoran, kedai serbaneka

Terhangat