info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Netizen 'sekolahkan' lelaki anggap pekerja biadab campak durian ke lantai, tak hormat makanan

Lead Image

TINDAKAN dua pekerja lelaki mencampakkan buah durian untuk dijual ke lantai tular di media sosial sehingga mencetuskan rasa kurang senang segelintir netizen.

Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna, tindakan itu disifatkan sebagai biadab, tidak menghargai makanan dan menunjukkan raja buah kini sudah tiada nilai.

"Punya tak ada harga durian sampai dicampak-campak saja ke lantai," tulisnya dalam hantaran video pada Isnin lalu.

Perkongsian individu tersebut mendapat respon berbeza daripada netizen.

Perkongsian itu dipercayai dibuat untuk mengecam bagaimanapun mengundang reaksi berbeza dalam kalangan netizen.

Rata-rata menjelaskan tindakan mencampak durian sebenarnya mempunyai tujuan tertentu, bukannya dilakukan secara suka-suka.

Menurut mereka, zaman sekarang durian yang dijual di pasaran kebanyakannya tidak dibiarkan gugur secara semula jadi, sebaliknya ditahan menggunakan jaring di kebun bagi mengelakkan buah pecah, merekah atau rosak apabila gugur ke tanah.

MENARIK DIBACA: Fama tetapkan harga 'runtuh' durian kampung, paling rendah RM2.70 sekilogram

MENARIK DIBACA: Viral sebab tubuh sado, rupanya buah RM2 sebiji tarikan utama Durian Papa Muda

Justeru, kebanyakan peniaga mencampakkan durian ke lantai bagi memberi hentakan yang dipercayai membantu memulakan proses penapaian semula jadi sebelum buah dijual dan dikopek.

"Ada sebab Tuhan buat pokok durian tinggi. Bila buah jatuh, hentakan itu mengaktifkan proses penapaian. 

"Sekarang kebanyakan durian jatuh atas jaring, bukan tanah, sebab itu kena campak untuk pastikan proses itu berlaku," kata seorang netizen.

Selain mencampak buah, terdapat kaedah lain yang sering dipratikkan peniaga, iaitu mengetuk permukaan buah menggunakan belakang parang sebelum mengopeknya.

Komen netizen di laman Theads.

"Nak mulakan proses penapaian buah itu. Biasanya orang jual petik terus atau kutip dari jaring, jadi sebelum buka durian mereka akan ketuk-ketuk dengan parang.

"Atuk saya pun buat macam ini kalau lori durian dah dalam perjalanan nak ambil buah atau sebelum jual kepada kawan-kawan. Tak ada pula orang kata durian tak masak.

"Tak ada hentakan berlaku jadi buah tak ada proses penapaian, kurang sedap jadi dia hentak la. Lepas 2 jam makan baru sedap. Buah yang tak berlaku proses hentakan ni boleh simpan lama sikit lambat berair," antara komen netizen.

Sekadar info, durian yang gugur secara semula jadi akan mengalami hentakan apabila jatuh ke tanah yang mempercepatkan proses biokimia dalam buah.

Proses ini menyumbang kepada pembentukan aroma yang lebih kuat serta isi yang lebih lembut ketika mencapai tahap kematangan optimum.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Coklat 'lenyap' dari rak, pasar raya di Perancis henti jualan gara-gara cuaca panas ekstrem

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Murid darjah 1 'kantoi' curi makanan cikgu! Bukan untuk makan, tapi jual kepada kawan - "Sedih tengok budak sekarang"

play

Terhangat