info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kalau melancong mesti nak cuba cheese fondue! Wanita dedah satu bahan jejas status halal

Lead Image

RAMAI beranggapan semua keju adalah halal kerana dihasilkan daripada susu lembu, kambing atau biri-biri serta tidak mempunyai kaitan dengan proses penyembelihan.

Hakikatnya, status halal keju bukan hanya berkait dengan jenis haiwan dan penyembelihan, sebaliknya turut melibatkan proses pembuatannya.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna Threads yang berkongsi pengalamannya ketika mengunjungi sebuah restoran di sebuah hotel di Interlaken, Switzerland.

Menurutnya, dia sendiri tidak pernah mengetahui tentang kewujudan bahan dikenali sebagai 'rennet' yang digunakan dalam penghasilan keju sehinggalah ditegur oleh seorang pengguna lain selepas memuat naik video menikmati hidangan Swiss Cheese Fondue.

Perkongsian Khalisah mengundang perhatian ramai.

"Saya ada 'publish' satu video tentang Swiss Cheese Fondue yang kami makan di salah satu hotel di Interlaken Switzerland. 

"Tiba-tiba ada seorang hamba Allah tegur saya pasal kandungan cheese yang ada 'rennet'. Sejujurnya kami tak pernah tahu pun tentang 'rennet' tu apa sebab ingat cheese dibuat daripada susu lembu atau kambing.

"Setiap cheese yang dibuat akan ada berlakunya satu proses 'rennet' untuk mengasingkan pepejal dan cecair. Selalunya dan kebanyakan 'rennet' yang digunakan di Switzerland diambil daripada perut anak lembu," katanya.

'Rennet' ialah enzim yang digunakan untuk membantu proses pembekuan susu sehingga terbentuknya dadih sebelum diproses menjadi keju.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkannya ialah sumber rennet tersebut kerana enzim itu lazimnya diperoleh daripada perut anak lembu.

MENARIK DIBACA: Ribuan tan keju bernilai RM8.33 bilion disimpan dalam gua, jadi ‘back up’ kawal harga susu

MENARIK DIBACA: Kandungan gulanya 2 kali ganda, ramai tak tahu ‘cheese leleh’ bukannya keju asli

Sekiranya haiwan itu tidak disembelih mengikut hukum syarak, maka 'rennet' yang digunakan boleh menimbulkan persoalan terhadap status halal keju berkenaan.

Tidak berpuas hati dengan maklumat diterima, dia terus menghubungi restoran berkenaan untuk mendapatkan penjelasan mengenai keju yang digunakan dalam hidangan tersebut.

"Semalam saya terus email dekat hotel restoran tu untuk bertanya tentang pembuatan cheese fondue dan mereka 'reply' dengan baik, menyatakan cheese itu diambil daripada pembekal Jumi.

"Tengok Jumi ni antara pemegang AOP. iaitu organisasi yang macam mengekalkan resepi tradisi Swiss. Bila tengok Jumi ni antara pemegang AOP iaitu organisasi yang mengekalkan resipi tradisi Swiss.

Selepas ditegur seorang pengguna, Khalisa baru mengetahui mengenai kewujudan rennet dalam pembuatan keju.

"Resipi ni memang melalui proses rennet yang menggunakan enzim daripada perut anak lembu. Bila tengok pula kepada hukum syarak, jika ia tidak disembelih dengan betul, ia dikira sebagai bangkai," ujarnya.

Tambahnya lagi, bukan semua keju menggunakan rennet daripada sumber haiwan, malah ada juga pengeluar yang dapatkan sumber daripada tumbuhan, mikrob atau sintetik yang sesuai untuk pengguna Muslim.

Justeru, dia mengingatkan orang ramai untuk tidak mengulangi kesilapan yang dilakukannya dan hati-hati memilih makanan ketika melancong ke luar negara.

"Jangan ambil ringan bab makan ni sebab ia akan masuk dalam perut kita. 

"Selagi boleh cari yang halal, selagi boleh buat research, buatlah, bukan main makan saja. Orang lain makan, kita pun makan... we learn from our mistakes." ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

'Wajib' cuba kopi pagi versi Erling Haaland - "Superfood saya jika dibuat cara betul"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Kedai nasi kandar didakwa guna taktik 'putar belit' untuk pelanggan bayar guna kod QR

Terhangat