KUALI | Nutrisi

Kandungan gulanya 2 kali ganda, ramai tak tahu ‘cheese leleh’ bukannya keju asli

Lead Image

TAK dinafikan, makanan yang ditambah keju leleh pasti akan laris terjual dan mudah viral dek rupa parasnya cukup menyelerakan.

Dari burger, ayam goreng, hingga ke mi goreng, cheese leleh seolah-olah menjadi ‘raja’ penambah rasa dalam hidangan.

Namun, di sebalik kelazatan visual dan rasa meleleh itu, ramai yang tidak sedar ia sebenarnya bukanlah keju sebenar.

Cheese leleh mengandungi bahan utama yang dikenali maltodextrin.

Menurut perkongsian @dr1share di TikTok, kebanyakkan serbuk keju yang dibancuh mengandungi bahan utama dikenali sebagai maltodextrin iaitu sejenis kanji yang diproses daripada jagung atau ubi kentang.

Apa yang mengejutkan tahap kemanisan maltodextrin jauh lebih tinggi berbanding gula putih biasa.

"Memang nampak sedap sampai terliur, tapi ia bukan cheese betul pun. Sebenarnya ia adalah air gula.

MENARIK DIBACA: Bukan telur sebarangan ikan, khasiatnya juga cukup banyak... Sebab itu caviar mahal harganya!

MENARIK DIBACA: Tiktoker tunjuk cara mudah buat roti puri, tak payah yis tetap kembang cantik

"Maltodextrin melalui macam-macam bahan kimia semasa pemprosesan dia.

"Kalau banding tahap kemanisan, bacaan gula putih baru 65 tapi maltodextrin sampai 110. Dua kali ganda!" kongsinya.

Tambahnya lagi, cheese leleh memberi risiko kesihatan kepada penghidap diabetes kerana ia menyumbang kepada lonjakan gula dalam darah selepas makan.

Keju mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

“Banyak makanan kita hari ini yang ada 'hidden sugar'! Tak tulis gula tapi risiko dia lagi teruk dari gula.

“Bukan nak menakutkan. Boleh saja nak makan, tetapi kena beringat! Makan berpada-padalah," jelasnya lagi.

Dr1share turut menasihatkan orang ramai untuk bertukar kepada keju sebenar memandangkan ia mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti berikut:-

  1. Membantu menstabilkan tekanan darah
  2. Menyokong kesihatan jantung
  3. Tinggi protein berkualiti
  4. Sumber kalsium terbaik
  5. Mempunyai lemak sihat

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Kalau tengah diet elok makan jambu batu, siap boleh bantu cantikkan kulit

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Ibu bapa kena cakna, 5 makanan ini melemahkan memori anak-anak

Terhangat