info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Harga nasi ayam Mama Tini dipertikai, anak sulung Noor Kartini tampil beri penjelasan

Lead Image

BARU dua hari memulakan jualan, menu Nasi Ayam Mama Tini yang dijual oleh ibu kepada Neelofa, Noor Kartini sudah menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Di sebalik sambutan luar biasa daripada pengikut, timbul juga komen yang mempertikaikan harga jualan nasi ayam berkenaan.

Satu set nasi ayam yang dijual pada harga RM26 dianggap keterlaluan dan tak setara dengan saiz hidangan. 

Penjelasan Sara di laman Instagram.

Susulan kritikan itu, anak sulung Kartini iaitu Noor Sara Dinna tampil memberikan penjelasan mengenai tujuan sebenar perniagaan itu dijalankan.

Menurut Sara, ibunya bukan berniaga semata-mata untuk mengejar keuntungan sebaliknya turut menjadikan perniagaan itu sebagai platform untuk membantu golongan yang memerlukan.

"Kalau berniaga semata-mata nak kaya, memang jauh sekali. Ada 'story' yang orang luar tak nampak. Di sebalik jualan nasi ayam itu, mama sebenarnya banyak buat 'giveback' (kebajikan).

MENARIK DIBACA: Rumah terbuka Noor Nabila 'next level'! Pinggan plastik, sudu 'emas' beli dari luar negara

MENARIK DIBACA: [V] Dah bertahun Neelofa tak jejak bazar Ramadan... Lagi suka masak di rumah walau cuma satu lauk

"Ada yang dibantu untuk kos dialisis, ada anak-anak autisme yang dibantu, ada warga emas yang uzur, ibu tunggal, pelajar yang baru melangkah ke kolej dan macam-macam lagi yang tak semua orang tahu," katanya.

Sara menjelaskan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, pada Isnin.

Tambahnya, dia berharap orang ramai tidak terburu-buru membuat tuduhan negatif terhadap usaha yang dilakukan ibunya.

"Sebab itu kita bukan sekadar perlu 'support' satu sama lain, tetapi juga belajar berbaik sangka sesama Muslim," ujarnya.

Satu set nasi ayam dikenakan harga RM26 dianggap keterlaluan dan mahal.

Dalam pada itu, Sara turut menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi peniaga Melayu untuk menonjolkan jenama mereka dalam pasaran makanan yang semakin kompetitif.

Oleh itu, dia menyeru agar orang ramai dapat memberikan sokongan kepada perniagaan ibunya yang mengutamakan aspek kebersihan, kualiti dan status halal dalam penyediaan makanan. 

"Nasi ayam selalunya sinonim dengan restoran Cina. Kalau nak makan, ramai yang risau soal halal atau syubhah. 

"Bila orang Melayu buka gerai atau warung nasi ayam pula, kadang-kadang tak ramai yang perasan, malah dalam Grab pun tenggelam di celah-celah jenama besar," katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Tekak tak boleh terima mi sebab trauma rasa kapur, wanita risau bakal mentua tak faham

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Doktor mengaku letak garam dalam makanan anak usia 7 bulan - "Bayi pun nak makan sedap"

Terhangat