info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kedai piza kena scam! Pelanggan sunting gambar guna AI demi tuntut 'refund'

Lead Image

KEWUJUDAN teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk tujuan yang baik.

Bagaimanapun ada individu yang menggunakan AI untuk menyunting gambar tertentu demi kepentingan diri sendiri dan lebih teruk lagi, merugikan orang lain.

Sebuah kedai piza mendedahkan taktik seorang pelanggan yang didakwa menyunting gambar kononnya menerima piza mentah semata-mata mahu menuntut bayaran balik (refund).

Perkara itu didedahkan oleh restoran berkenaan, Tonda Pizza Romana menerusi laman Instagram rasminya pada Khamis.

Perkongsian restoran tersebut mencuri perhatian ramai.

Menurut pihak restoran, pasukannya terus menjalankan siasatan selepas mereka menerima aduan daripada pelanggan yang dibuat menerusi aplikasi penghantaran makanan GrabFood.

“Baru-baru ini, kami menerima satu aduan mendakwa kami menghantar piza yang langsung tidak dimasak, diikuti permintaan bayaran balik serta ugutan 'chargeback'.

“Sejujurnya, kami tak pernah sangka perkara seperti ini akan berlaku kepada kami juga,” menurut keterangan pada posting tersebut.

MENARIK DIBACA: Pelanggan anggap kek, 'dessert' disiapkan sehari lebih awal tak segar... Akak 'baker' buntu!

MENARIK DIBACA: Pelanggan tak 'menekan', minta tolong cara baik... Rider setuju ambil 'job' buang sampah upah RM5

Bagaimanapun, pihak restoran mula berasa curiga selepas meneliti semula gambar 'piza mentah' yang dihantar pelanggan dan percaya ia disunting menggunakan teknologi AI.

Restoran itu turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pekerja sedang menyediakan piza yang ditempah pelanggan terbabit bermula dari proses memasak sehinggalah dibungkus dan kemudiannya dihantar.

Menurut mereka, video tersebut bukan bertujuan menyerang mana-mana pihak, sebaliknya dijadikan bukti terhadap bentuk penganiayaan yang dialami pengusaha perniagaan kecil.

Helah tersebut dikesan selepas mereka menerima aduan daripada pelanggan.

“Selepas kami menyemak semula proses dapur, masa penyediaan pesanan dan rakaman CCTV, semuanya menunjukkan piza itu disediakan dengan betul, dipotong, dibungkus dan dihantar keluar dari pihak kami dalam keadaan sempurna,” jelasnya.

Tambahnya lagi, mereka berkongsi tentang insiden ini kerana mendapati semakin ramai pengusaha makanan dan minuman (F&B) was-was dengan aduan pelanggan serta penyalahgunaan sistem bayaran balik di platform penghantaran makanan.

“Kami memuat naik perkara ini kerana semakin ramai pengusaha F&B mengalami aduan mencurigakan dan penyalahgunaan 'refund' di platform penghantaran makanan, sedangkan perniagaan kecil selalunya yang rugi sebelum siasatan adil dibuat,” katanya.

Difahamkan, aplikasi berkenaan telah memulangkan semula wang kepada pelanggan tersebut sebanyak RM105.67.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Jualan Agro Madani Edisi Perlis di Selayang: Produk agro segar, harumanis premium jadi tarikan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Belanja lebih RM300 di Rembayung, wanita beri rating 6.5/10... Cuma puji sambal tempoyak, kopi

Terhangat