KUALI | Viral

Masak cendawan liar jumpa di taman, tak sangka sedap... Rupanya jenis 'rare' - "Baru tahu mahal, susah dapat"

Lead Image

ORANG tua-tua memang selalu pesan, kalau nampak cendawan liar tumbuh di mana-mana kawasan jangan terus petik.

Berkemungkinan ia beracun atau mengandungi toksik yang boleh memudaratkan kesihatan jika disentuh apatah lagi dimakan.

Bagaimanapun lain pula kisah seorang wanita dikenali sebagai Shida Shafiee yang berkongsi pengalamannya menemui cendawan di sebuah taman ketika bersenam.

Wanita itu memberitahu cendawan yang dimasak cukup sedap.

Menurutnya, cendawan yang mekar berwarna putih itu bukan sahaja menarik perhatian, malah rasanya juga cukup sedap bila dimasak.

Briskwalking hari ini murah rezeki jumpa cendawan, memang sedap rasanya.

“Ada orang suruh aku makan dulu, nak tengok mati ke hidup lepas makan. Okay, masih hidup!” tulisnya, berseloroh.

MENARIK DIBACA: Cara nak kenal cendawan enoki segar atau dah rosak, jangan salah pilih!

MENARIK DIBACA: Bukan hanya ikan haruan, cendawan pilihan bantu sembuh luka selepas pembedahan

Menerusi perkongsian tersebut, wanita itu turut memuat naik gambar cendawan yang dipetik sebelum dimasak menjadi hidangan sup.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberi pencerahan bahawa tumbuhan berkenaan sebenarnya dikenali sebagai cendawan busut.

Ia merupakan sejenis cendawan liar yang cukup sukar ditemui tetapi sering digunakan dalam pelbagai hidangan tradisional.

“Cendawan busut! Ingat lagi masa musim dia, penuh tepi rumah. Ingatkan beracun, kami pergi sepak.

Rata-rata netizen memberi pencerahan berkenaan rasa pisang berkenaan.

“Jiran tengok terkejut, rupanya cendawan busut ni mahal dan susah dapat. Terus kami berebut kutip, merasa la dapat semangkuk,” kongsi seorang netizen.

Dalam masa sama, ada juga yang memberi tip bahawa cendawan busut lebih enak dimakan ketika masih dalam keadaan kuncup.

“Dah kembang. Kalau awal sikit dapat yang kuncup-kuncup lagi tu, sedap masak tumis kunyit dengan lada hitam.

“Cendawan busut kalau kembang macam ni tak syok. Ambil yang kuncup-kuncup, biasanya yang kembang ada ulat,” komen netizen lagi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kebun impian jadi realiti! Peguam kongsi tip tanaman 'gemuk', subur di laman rumah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

MaTiC kolaborasi dengan Kuala Cola, lancar 'booth' Malaysian Cookies promosi produk kepada pelancong

Terhangat