KUALI | Tip & Trik

Cara nak kenal cendawan enoki segar atau dah rosak, jangan salah pilih!

Lead Image

ENOKI yang bentuknya panjang dengan teksturnya yang bila dimasak memang antara cendawan kegemaran ramai.

Nak masak pun senang, tumis dengan bawang putih dan mentega pun dah cukup padu sampai boleh bertambah nasi.

Tapi masih ramai yang tak tahu nak pilih cendawan enoki. Kalau silap pilih, boleh dapat enoki yang dah 'masuk angin' dan tak segar.

Jom, ikuti tip mudah yang dikongsikan oleh cef Deedee Mansor untuk kenal pasti kesegaran enoki:-

Bentuk kepala yang nampak kecut dan terlalu kembang.

1. Tengok bahagian kepala cendawan

Enoki yang segar biasanya bahagian atasnya (kepala) berbentuk leper.

Kalau nampak dah kecut atau terlalu kembang, itu tanda cendawan tu dah serap angin dan air.

Tekstur seperti span basuh pinggan adalah petanda bagus.

2. Picit sikit cendawan

Cuba tekan perlahan. Kalau teksturnya macam span basuh pinggan (kenyal tapi padat), itu petanda bagus.

MENARIK DIBACA: Empat nyawa sudah 'melayang', ketahui bahaya bakteria listeriosis pada cendawan enoki

MENARIK DIBACA: Tumis brokoli cendawan, hidangan bergizi pikat selera anak masa cuti sekolah

Tapi kalau lembik dan berair, sebaiknya letak balik di rak, jangan beli!

Elakkan enoki yang nampak kekuningan.

3. Warna pun penting

Elakkan enoki yang nampak kekuningan. 

Pilih yang warna putih cerah, tanda masih segar dan baharu.

Pastikan plastik tak bocor atau terbuka.

4. Periksa bungkusan (vacuum pack)

Ini ramai terlepas pandang. Pastikan plastik tak bocor atau terbuka. 

Kalau dah masuk angin, kualiti enoki memang akan terjejas. Pilih yang masih ketat dan elok bungkusannya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Hanya masukkan 2 bahan dapur, tong sampah anda takkan berulat dan tiada bau busuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Suka buang lebihan minyak dalam singki? Cuba trik mudah ini, dijamin tak tersumbat

Terhangat