KUALI | Tip & Trik

Hanya masukkan 2 bahan dapur, tong sampah anda takkan berulat dan tiada bau busuk

Lead Image

MASALAH tong berbau busuk dan berulat memang biasa berlaku terutamanya jika sampah dibiarkan lama tanpa dibuang di tempat pembuangan.

Dalam cuaca panas, bau busuk boleh menjadi lebih kuat dan cepat merebak serta mengundang kehadiran lalat.

Ada yang sudah mencuba pelbagai cara seperti menggunakan pewangi, plastik sampah tebal atau kerap menukar sampah namun masalah bau dan ulat masih berulang. 

Keadaan ini bukan sahaja mengganggu keselesaan tetapi juga boleh menjejaskan kebersihan persekitaran rumah.

Tong sampah yang sarat dengan sisa makanan boleh mengundang ulat dan lalat.

Tapi jangan risau, ada satu petua yang boleh bantu atasi masalah ini hanya dengan menggunakan bahan yang sangat mudah.

Selepas anda mencuci tong sampah pastikan ia dikeringkan terlebih dahulu. 

MENARIK DIBACA:[V] Yong tau fu 'legend' tengah KL sedap macam 40 tahun dulu! Penuh pinggan, harga tak 'menekan'

MENARIK DIBACA: Sajian 'breakfast', lauk pauk tengah hari semua sedap... Tak rugi 'berkampung' di Tingkap Bangsar

Kemudian, taburkan dua hingga tiga sudu garam bersama campuran serbuk penaik di bahagian bawah, dalam tong tersebut.

Garam bertindak sebagai penyerap lembapan yang merupakan punca utama timbulnya bau tidak menyenangkan. 

Campuran garam dan serbuk penaik membantu menghapus pembiakan bakteria.

Selain itu, campuran bersama serbuk penaik ini membantu membunuh bakteria yang menyebabkan pereputan sisa makanan. 

Lebih menarik lagi, garam boleh menghalau lalat daripada mendekati tong sampah sekali gus mengelakkan haiwan itu daripada bertelur dan menetaskan ulat.

Dengan amalan mudah ini, tong sampah bukan sahaja lebih bersih malah bebas daripada bau busuk dan gangguan serangga.

Cubalah petua ini di rumah kerana ia bukan sahaja mudah tapi jimat dan berkesan!

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Tip simpan beras guna bawang putih, tahan 4 tahun... Boleh letak dalam bekas, beg vakum

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Cara nak kenal cendawan enoki segar atau dah rosak, jangan salah pilih!

Terhangat