info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Insentif pembajakan RM300 pesawah dibayar secara berfasa - KPKM

Lead Image

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjelaskan pembayaran Insentif Pembajakan kepada pesawah sebanyak RM300 sehektar dibuat secara berperingkat bermula Selasa.

Bagi mengelakkan kekeliruan, KPKM dalam satu kenyataan memaklumkan pembayaran itu dibahagikan kepada dua fasa.

Bayaran pertama melibatkan pendahuluan sebanyak RM200 sehektar yang disalurkan secara one-off sebelum kerja pembajakan dimulakan.

KPKM menjelaskan perkara itu menerusi satu kenyataan media.

Baki RM100 sehektar pula akan dibayar selepas kerja pembajakan selesai dan disahkan oleh agensi berkaitan mengikut prosedur ditetapkan.

“Pelaksanaan ini selaras dengan kenyataan media KPKM bertarikh 7 Mei 2026 yang memaklumkan Insentif Pembajakan RM300 sehektar akan dibayar dalam dua peringkat.

“RM200 sehektar sebagai bayaran pendahuluan, manakala baki RM100 sehektar disalurkan selepas pengesahan kerja pembajakan selesai,” menurut kenyataan itu.

MENARIK DIBACA: Bang Mat ajak rakyat ternak ikan di laman rumah... Ramai berminat, saran buat kursus

MENARIK DIBACA: Nama Musang King hak milik Malaysia, negara lain tak boleh suka-suka guna – Mat Sabu

Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengumumkan insentif tersebut mula disalurkan pada Selasa melibatkan kira-kira 240,000 pesawah di seluruh negara.

Inisiatif itu merupakan antara langkah intervensi bersasar kerajaan bagi menangani cabaran krisis bekalan global, selain Bantuan Budi Madani Diesel sebanyak RM300 sebulan dan bantuan tambahan interim RM100 kepada penerima layak.

Langkah berkenaan penting bagi membantu mengurangkan tekanan kos bahan api serta kos operasi pertanian yang boleh memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan makanan negara.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

'Hak' ke atas 7 menu popular Asia Tenggara ini jadi rebutan! Rendang, nasi lemak hingga cendol ada kisah sendiri

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Tak sensitif! Tindakan individu letak mangkuk mi daging khinzir di ruang halal 'food court' amat dikesali

Terhangat