info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Pemakanan tak seimbang, kanak-kanak 13 tahun hidap kanser perut! Setahun abai gejala

Lead Image

KANSER perut sering dikaitkan dengan golongan berusia, tetapi penyakit ini juga boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dari Hangzhou, China, disahkan menghidap kanser perut agresif selepas mengalami sakit perut dan kembung selama setahun.

Menurut laporan media antarabangsa, tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H. pylori) dikenal pasti sebagai antara faktor yang perlu diberi perhatian dalam kes ini.

Lebih membimbangkan, penyakit ini hanya dikesan selepas sel kanser merebak ke beberapa bahagian tubuh kanak-kanak berkenaan sekali gus mengehadkan pilihan rawatan yang boleh diberikan.

Sakit perut berpanjangan antara gejala yang dialami pesakit sebelum kanser perut dikesan.

Pada awal November lalu, Hospital Kanak-kanak Hangzhou di wilayah Zhejiang, berkongsi maklumat mengenai kes pesakit berkenaan yang mendapatkan pemeriksaan selepas mengalami sakit perut dan kembung selama setahun.

Hasil pemeriksaan mendapati dia menghidap kanser perut yang sudah merebak ke beberapa bahagian tubuh. 

Diagnosis mengesahkan pesakit mengalami sejenis kanser yang terkenal dengan sifat agresif dan perkembangan penyakit cukup pantas, gastric signet ring cell carcinoma.

MENARIK DIBACA: Bercuti ke Vietnam jangan lupa cuba kopi belacan, siap ada 'topping' tuna kering

MENARIK DIBACA:Raja Charles III singgah van makanan jalanan jual 'jacket potato'

Kanser jenis ini boleh mempunyai prognosis yang kurang baik, khususnya apabila penyakit merebak secara meluas sehingga mengehadkan pilihan rawatan.

Pemeriksaan lanjut turut menunjukkan keputusan positif bagi ujian pernafasan karbon-13, sekali gus mengesahkan jangkitan bakteria H. pylori yang juga dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser perut.

Menurut Ketua Jabatan Gastroenterologi Hospital Kanak-kanak Hangzhou, Dr Thang Wei Hong, kanak-kanak ini mempunyai tabiat mengambil sayur jeruk serta makanan yang diproses menggunakan garam dan kaedah panggang.

Dia juga kerap menjadikan mi segera dan makanan panggang sebagai hidangan utama, selain jarang mengambil makanan ruji yang berkhasiat, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan penting untuk keseimbangan diet harian.

Menurut Dr Thang, perkara paling dikesalkan dalam kes ini adalah gejala sakit perut dan kembung yang dialami pesakit selama setahun tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Ada ibu bapa beranggapan kanser perut hanya menyerang golongan berusia, manakala kanak-kanak dianggap terlalu muda untuk mengalami masalah kesihatan serius.

Tanggapan berkenaan boleh menyebabkan tanda-tanda luar biasa pada kanak-kanak terlepas pandang.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Domino's kolaborasi dengan Minecraft, makan piza lebih seronok!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Boleh pilih restoran, PMX ada sebab nak makan di warung setiap Jumaat

Terhangat