info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Bukan cuma makan begitu sahaja, ini 5 cara unik tembikai dinikmati di pelbagai negara

Lead Image

TEMBIKAI merupakan antara buah-buahan yang digemari di Malaysia, terutama ketika musim panas.

Kandungan air yang tinggi pada tembikai boleh membantu badan untuk kekal hidrat.

Di Malaysia, tembikai biasanya dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.

Bagaimanapun, situasi itu berbeza di beberapa buah negara apabila mereka menikmati tembikai dengan cara berbeza, malah sudah menjadi makanan tradisi di tempat mereka.

Kali ini, Kuali kongsikan lima negara menikmati tembikai dengan cara tersendiri.

Tembikai dimakan bersama keju feta masin di Greece.

1. Greece

Masyarakat di sana menikmati hidangan tembikai bersama potongan keju feta masin, iaitu sejenis keju tradisional yang diperbuat daripada susu biri-biri dan direndam di dalam air garam.

Bagi menambahkan lagi kesegaran, mereka menikmati hidangan tersebut bersama daun pudina.

Di Turkiye tembikai dimakan bersama keju tradisional dipanggil 'beyaz peynir'.

2. Turkiye

Di Turkiye, mereka biasanya menikmati tembikai bersama keju putih tradisional yang dipanggil 'beyaz peynir'.

Gabungan antara buah tembikai segar bersama beyaz peynir mencipta kemanisan luar biasa pada rasa buah tersebut.

Orang mexico makan tembikai bersama serbuk cili, garam dan jus limau untuk menambahkan lagi kesegaran rasa buah.

3. Mexico

Penduduk di Mexico juga memiliki cara unik ketika menikmati tembikai. Mereka akan perah jus limau di atas tembikai dan menabur sedikit garam serta serbuk cili.

Rasa masin garam membuatkan rasa tembikai menjadi lebih manis dengan kenikmatan rasa pedas.

Dengan menabur secubit garam sahaja membuatkan rasa tembikai menjadi lebih segar.

4. Jepun

Cara orang Jepun menikmati tembikai sangat mudah, iaitu dengan menaburkan secubit garam sahaja.

Kaedah ini sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di negara 'Matahari Terbit' itu kerana mendakwa rasa tembikai akan menjadi lebih segar.

Campuran serbuk cili, bawang putih dan rempah membangkitkan lagi keenakan rasa buah tembikai.

5. Vietnam

Di Vietnam, tembikai dimakan bersama serbuk cili, bawang putih dan rempah.

Mereka juga akan perah sedikit jus limau untuk memberikan kesegaran pada setiap gigitan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Ada cengkerang dalam Sambal Nyet Bilis, netizen anggap tanda produk ‘fresh’

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pelajar kongsi 'titik terendah' terpaksa 'nego' harga makanan, kurang 50 sen pun sangat lega!

Terhangat