info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

7 makanan popular Indonesia ini ada pengaruh Belanda, bukan 100 peratus asli

Lead Image

INDONESIA pernah melalui sejarah panjang penjajahan oleh Belanda selama lebih kurang 350 tahun, bermula sekitar abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-20.

Tempoh yang sangat lama ini bukan sahaja meninggalkan kesan dari segi politik dan ekonomi, tetapi juga meresap jauh ke dalam budaya termasuklah makanan.

Seperti di Malaysia, banyak hidangan tempatan sebenarnya mempunyai sentuhan penjajah British, Portugis atau Belanda yang telah diadaptasi mengikut cita rasa tempatan.

Begitu juga di Indonesia, tidak semua makanan yang kita kenali hari ini benar-benar 'asal Nusantara'.

Ada yang telah melalui proses perubahan nama, bentuk, dan cara masakan sehingga menjadi identiti baharu yang lebih dekat dengan selera masyarakat setempat.

perkedel ialah singkatan bagi 'persatuan kentang dan telur'.

Jom kita tengok 7 makanan Indonesia yang sebenarnya dipengaruhi oleh Belanda:

1. Perkedel vs Frikadel

Kalau di Malaysia kita kenal sebagai bergedil, di Indonesia pula dikenali sebagai perkedel iaitu singkatan bagi 'persatuan kentang dan telur'.

Berasal daripada menu daging Belanda iaitu 'frikadel', versi Indonesia menggunakan kentang tumbuk, telur dan kadang-kadang daging atau ikan.

Bistikdianggap makanan mewah golongan kolonial.

2. Semur vs Smoor

Semur adalah hidangan berkuah pekat, manis dan berempah sangat digemari di Indonesia yang asalnya datang dari perkataan Belanda 'smoor'.

Namun di Indonesia, ia diubah dengan penggunaan kicap manis, rempah tempatan, serta pelbagai bahan seperti daging, telur dan tempe.

Bistikdianggap makanan mewah golongan kolonial.

3. Bistik vs Biefstuk

Perkataan bistik berasal dari Belanda 'biefstuk' bermaksud 'beef steak' yang dahulunya dianggap makanan mewah golongan kolonial.

Namun masyarakat Jawa Tengah telah mengadaptasinya dengan menambah kicap manis dan rempah tempatan, menjadikannya lebih mesra pada lidah golongan marhaen.

Lapis legit lebih manis dan berlapis-lapis halus.

4. Lapis Legit vs Spekkoek

Lapis legit atau spekkoek ialah kek berlapis yang terkenal dengan teksturnya yang lembut dan kaya rempah.

MENARIK DIBACA: Pelancong Indonesia pelik saiz ayam Malaysia terlalu besar - "Jenis apa sebenarnya?"

MENARIK DIBACA: Patutlah kulit orang Indonesia mulus, tempe mampu cegah masalah jerawat

Versi Belanda, spekkoek, biasanya lebih kuat rasa rempah seperti kayu manis dan buah pelaga manakalah di Indonesia pula lebih manis dan berlapis-lapis halus.

Roti rempah tradisional Belanda yang biasanya dimakan ketika sarapan.

5. Roti Gambang vs Ontbijtkoek

Roti gambang atau juga dikenali sebagai ganjel rel mempunyai warna coklat gelap, tekstur padat dan taburan bijan di atasnya.

Ia dipercayai mendapat inspirasi daripada ontbijtkoek, roti rempah tradisional Belanda yang biasanya dimakan ketika sarapan.

versi Indonesia lebih kreatif dengan pelbagai topping seperti coklat, keju dan susu pekat.

6. Kue Cubit vs Poffertjes

Kue cubit yang popular di Indonesia sebenarnya diinspirasikan daripada manisan Belanda iaitu poffertjes yang disajikan dengan mentega dan gula halus.

Manakala versi Indonesia lebih kreatif dengan pelbagai topping seperti coklat, keju dan susu pekat manis.

Kastengel di Indonesia diubah menjadi saiz kecil dan rangup.

7. Kastengel vs Kaastengels

Kastengel berasal daripada perkataan Belanda 'kaastengels' yang bermaksud 'batang keju'.

Di Belanda, ia berbentuk lebih panjang dan sering dimakan bersama sup, manakala di Indonesia pula diubah menjadi saiz kecil dan rangup, serta menjadi salah satu kuih wajib ketika pagi raya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

"Jaga makan waktu haid" - Wanita TTC dedah kiwi bantu suburkan telur, akhirnya ‘lekat’!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

'Dugaan' dapat jiran India! Aroma kari buat ramai tak keruan, tak malu hulur pinggan

Terhangat