KUALI | Trending

"Tunjuklah hasil, berani sahut?" - Jofliam cabar pembuat piza tandingi kejayaannya

Lead Image

PIZA wagyu yang dijual oleh usahawan dan pempengaruh Jofliam memang antara yang jadi buruan pencinta sajian Itali.

Bukan sekadar rasa, tetapi pizanya pernah mengharumkan nama Malaysia selepas menerima pengiktirafan Top 100 The Best Pizza Milan 2024.

Ia merupakan pencapaian tertinggi pernah diraih pembuat piza tempatan dalam senarai berkenaan.

Sehingga kini tiada pembuat pizza tempatan boleh menandingi Jofliam.

Bangga dengan kejayaan itu, Jofliam atau Jofli Abu Bakar menegaskan sehingga kini tiada sesiapa yang mampu menandingi pencapaiannya.

“Sehingga ke tarikh ini, masih tiada lagi wakil Malaysia yang berjaya tembus ranking ini. Sekarang dah 2026,” katanya.

Jofliam berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Isnin.

MENARIK DIBACA: Jofliam sibuk urus bisnes, tempahan piza selalu sold out... Tunjuk teknik betul ‘stretch’ doh!

MENARIK DIBACA: Reviu rendah influencer sampai tiada pelanggan, 3 beradik bangkit perbaiki kualiti pizza wagyu... Jenama Bienz kini jadi buruan sampai ke Singapura!

Sebelum ini, Jofliam pernah menduduki tangga ke-99 terbaik dunia dalam The Best Pizza Milan 2024 anjuran Miloni Pizzuti, membuktikan bahawa pembuat piza tempatan juga mampu menyaingi cef antarabangsa.

Dalam pada itu, Jofliam sempat menyeru rakan-rakan industri untuk membuktikan kehebatan mereka daripada hanya 'bising' menyindir dirinya.

“Jadi seruan saya kepada pembuat piza di Malaysia, daripada menjadi jaguh kampung bercakap dan memerli saya.

"Sesekali, tunjuklah hasil. Berani sahut? Tak berani? OK,” ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

"Orang India tak boleh makan" - Netizen harmoni selesai 'isu' bubur lambuk, siap 'offer' tolong masak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Aeon mohon maaf... Ambil maklum aduan lipas di rak makanan, dulang roti bau kepam

Terhangat