Martabak cecah bawang jeruk 'dipersoal', peminat tegar mesti tahu memang dah lama wujud
BAZAR Ramadan kini menawarkan pelbagai juadah menarik dan salah satu hidangan mencuri perhatian ramai adalah martabak.
Namun buat penggemar martabak tegar, pasti mereka tahu bahawa pencicah jeruk hirisan bawang merah untuk sajian ini bukanlah sesuatu yang baharu.
Ramai sudah terbiasa menikmatinya bersama kuah kari, justeru apabila martabak dijual bersama pencecah bawang merah ada yang menganggapnya sesuatu yang baharu.
Pengalaman ini turut dikongsi seorang pengguna laman Threads, Vonny, yang baru-baru ini mencuba martabak daging bersama pencecah unik berwarna merah itu.

"Baru sahaja pergi ke bazar dan beli martabak daging ni. Saya tak pasti sama ada ini benda baharu atau saya sahaja yang ketinggalan tapi mereka (peniaga) guna sirap dan bawang sebagai kuah?
"Mengejutkan rasanya sedap. Siapa yang cipta idea ini, saya tak tahu macam mana boleh terfikir tapi tahniah!" tulisnya.
MENARIK DIBACA: [V] Sah jus tembikai ini tak campur air! Peniaga terkejut gerai diserbu, isteri awalnya was-was idea 'piyor'
MENARIK DIBACA:Nama Musang King hak milik Malaysia, negara lain tak boleh suka-suka guna – Mat Sabu
Menjengah ke ruangan komen, ramai berkongsi pendapat masing-masing, malah ada yang mengakui kombinasi tersebut sudah lama sebenarnya ada.
Bagaimanapun rata-rata warganet berkongsi kuah pencicah kegemaran mereka dengan tidak kurang juga menyukai kuah kari.
"Sirap bawang sebagai kuah bukanlah benda baharu untuk martabak sama ada yang ini atau timun jeruk.

"Dulu kita makan macam ni saja. Cuma sekarang tak ramai orang buat rasa macam sedih sikit. Stres aku bila martabak kena tambah sos cili tomato.
"Ini memang sangat popular di Kelantan atau Terengganu.
"Kuah sos ni sebenarnya adalah celupan asal untuk murtabak. Tak pasti di negeri lain tapi di Kedah ini perkara biasa.
"Sekarang, penjual selalu tukar kepada kari ayam atau lebih teruk lagi sos cili. Aku masih suka makan martabak dengan sirap bawang tu," antara komen warga maya pada hantaran tersebut.
INFO
Jeruk bawang martabak dibuat dengan merendam hirisan bawang merah atau bawang Holland dalam campuran cuka, air, gula dan garam.
Sirap ros ditambah untuk warna merah jambu yang cantik. Ia perlu diperam sekurang-kurangnya satu jam atau semalaman di dalam peti sejuk untuk rasa masam-manis yang sebati.